​40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar

RM120.00
10 days
9789674608460
2 item(s)
+

40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar

Author: Zaini Ujang & Zulkifli Mohd Yusoff

Publisher: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

ISBN : 9789674608460

Weight: 0.5 kg

Year: 2019

Page: 691ms

Price : RM 120.00 / 125.00 (Sabah & Sarawak)


Kemelut alam sekitar kini semakin meruncing!

Banyak pemimpin, ahli sains, pemikir, tokoh masyarakat, dan aktivis mengakui kenyataan bahawa alam sekitar semakin tercemar dan kian membahayakan kehidupan manusia. Perubahan iklim, peningkatan suhu bumi, ketidaktentuan cuaca, peningkatan aras laut, lambakan sampah sarap, jerebu merentasi sempadan, pemusnahan hutan, pencemaran sungai, dan sebagainya.

Susulan itu, hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju menandatangani Perjanjian Paris 2015 yang bermatlamat melaksanakan pembangunan mampan sebagai usaha mengubah tatacara pembangunan agar lebih mesra alam. Malahan, banyak negara telah mengisytiharkan Darurat Perubahan Iklim (Climate Emergency) dan mengharamkan penggunaan bahan api fosil menjelang 2030.

Justeru, apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan setiap warga dunia, termasuk umat Islam? Adakah amalan melestari bumi terangkum dalam kerangka ibadah dan tuntutan keimanan?

40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar mengemukakan prinsip dan amalan yang difahami daripada 40 hadis sahih dan hasan terpilih. Pengarang menghuraikan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam konteks pelestarian alam sekitar kontemporari dari aspek tauhid, fikah, dan tasawuf yang diadun dengan fakta sains dan kajian empirikal.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, demi membantu pembaca memahami ajaran Islam secara menyeluruh, yang merangkumi tanggungjawab dan peranan manusia melestarikan alam sekitar sebagai khalifah di muka bumi, bersesuaian maksud firman Allah SWT, “... negeri yang baik dan (mendapat ampunan daripada) Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Terjemahan surah Saba’ ayat 15).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI