Agama Dan Falsafah​

RM20.00
9789671600122
2 item(s)
+

Agama Dan Falsafah

Author: Dr Muḥammad Sa‘īd Ramaḍan al-Būṭī

Publisher: Nizamiyyah Institute

ISBN: 97896716000122

Year: 2018

Pages: 95pp

Price: RM20

Buku ini mengkritik segelintir kaum terpelajar dalam kalangan umat Islam yang telah terjajah mindanya sehingga menganggap bahawa agama hanyalah kepercayaan yang diterima begitu sahaja. Bagi mereka, jika kita ingin maju, maka kita perlu mengambil pendekatan falsafah barat, khususnya aliran positifisme yang kononnya merupakan kemuncak pencapaian pemikiran manusiawi yang seharusnya diterapkan ke dunia Islam sama ada secara tersirat mahupun berterus-terang.

Al-Shahid Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti dalam buku ini merakam dan mengupas kembali dialog yang pernah berlaku antara beliau dengan seorang Ketua Jabatan Falsafah di sebuah universiti di negara Teluk-Arab. Beliau berusaha membetulkan salah faham mengenai Islam dengan menjelaskan metodologi yang sepatutnya menjadi kayu ukur dalam menilai sebarang dakwaan yang dilontarkan. Beliau turut menegaskan bahawa akidah Islam yang menerangkan hakikat alam, manusia dan kehidupan yang selaras dengan neraca ilmu itulah asas kepada kebangkitan dan kemajuan umat ini. Lebih jauh daripada itu, beliau menyerang pula falsafah yang ingin menggantikan peranan agama dengan neraca tersebut sekaligus membuktikannya sebagai produk khayalan manusiawi semata-mata.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI