​Ahli Alkimia

RM35.00
9789671897614
4 item(s)
+

Ahli Alkimia

Author: Paulo Coelho

Translator: Hasri Hasan

Publisher: The Biblio Press

ISBN: 9789671897614

Weight:

Year: 2021

Page: 248pp

Price: RM35

Novel Ahli Alkimia, karya Paulo Coelho ini berjaya memikat berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ceritanya ringkat tetapi penuh dengan kebijaksanaan. Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bersama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Africa Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat Kawasan Piramid, Mesir.

Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang bijak menilik, seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai seorang raja dan juga seoarang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara pencariannya.

Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu dan adakah Santiago berjaya dalam misinya mengatasi halangan demi halangan mengatasi perjalanannya di padang pasir yang luas itu.

Apa yang bermula sebagai sebuah pengembaraan seorang anak muda menerokai tempat-tempat eksotik dan pencarian kekayaan dunia telah bertukar menjadi sebuah pengembaraan mencari harta yang hanya boleh didapati dalam dirinya sendiri.

Ceeita ini membangkitkan semangat, kaya dengan nasihat dan amat manusiawi. Cerita Santiago ini adalah sebuah hakikat pasti bahawa manusia perlu mempercayai mimpi dan sudi mendengar kata hati sendiri.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI