Akar Umbi Penyelidikan

RM30.00
10 days
9789674128265
9 item(s)
+

Akar Umbi Penyelidikan

Author: Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Iszan Hana Kaharudin & Jailani Mohd Nor

Publisher: UKM Press

ISBN : 9789674128265

Year: 2019

Weight: 0.265 kg

Pages: 184pp

Price : RM 30

Buku ini akan menyingkap keperluan yang perlu ada bagi seseorang penyelidik muda dalam memulakan sesebuah penyelidikan. Bermula dengan hasrat dan keinginan, di petakan melalui perancangan yang strategik, digerakkan bersama rakan penyelidik dan pelajar, dimajukan oleh kemahiran yang berkesan dan seterusnya menghasilkan output yang berimpak. la bermula dengan unit penyelidikan sebagai sebuah kumpulan penyelidikan kecil yang menjadi nadi kepada pembentukan kumpulan yang lebih besar. Penyelidikan yang berstruktur dan terancang menjadikan sesebuah projek menjadi mudah dan kurang memberi tekanan. Pemangkin kepada penulisan jurnal juga bergantung kepada banyak faktor bermula daripada persekitaran makmal, bentuk hubungan pelajar dan pensyarah, hubungan antara pensyarah iaitu yang junior dan juga yang senior, hubungan antara pelajar dan pelajar serta aktiviti yang dianjurkan semuanya memangkin ke arah proses penulisan jurnal yang baik. Bermula daripada persekitaran makmal mahupun tempat bekerja, buku ini secara tidak langsung akan memberikan penjelasan tentang pentingnya persekitaran yang kondusif dan bermotivasi, kemudahan makmal yang merangkumi dari peralatan teknikal hingga peralatan bersosial dan beriadah, disiplin diri dan akhirnya sehinggalah kepada dorongan motivasi daripada penyelia yang menjadi asas kepada semangat dalam diri pelajar untuk terus berusaha. Sasaran adalah mencapai kualiti dan kuantiti dalam penerbitan. Selain dari itu pengkomersilan juga merupakan suatu sasaran yang perlu ditetapkan supaya impak dari sesebuah penyelidikan terus mewarnai masyarakat sejagat.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI