​Al Asma' Al Husna Dan Modal Insan

RM35.00
9789831005231
1 item(s)
+

Al Asma' Al Husna Dan Modal Insan

Author: Mohd Fauzi Hamat, Mohd Hasrul Shuhari

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831005231

Weight: 150g

Pages: 181

Year: 2011

Price: RM35


Buku ini adalah karya ilmiah yang mengetengahkan kepentingan penghayatan terhadap nama-nama Allah SWT yang indah (al-Asma' al-Husna) dalam pembangunan modal insan yang berketerampilan. Idea utama buku ini banyak berdasarkan karya al-Imam al-Ghazali (m.505 H.) berjudul, al-Maqsad al-Asna fi Syarh Ma'ani Asma' Allah al-Husna yang menekankan keperluan manusia berakhlak dengan akhlak Allah SWT, sebagai mana yang tersirat dalam nama-nama-Nya yang maha indah tersebut. Aspek pembangunan modal insan yang ditekankan dalam buku ini ialah aspek pembangunan ilmu dan sahsiah yang merupakan prasyarat utama kelayakan manusia untuk menjadi khalifah Allah SWT di bumi ini. Buku ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh semua pihak yang terlibat dalam penggubalan dasar berkaitan pendidikan akidah pembangunan modal insan berasaskan acuan Islam, tetapi juga boleh dijadikan rujukan dan panduan para pelaksana dasar pembangunan, penjawat awam dan pekerja swasta, pensyarah, guru, mahasiswa, pelajar dan masyarakat awam. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi fasilitator dan peserta program motivasi yang mengetengahkan kepentingan penghayatan al-Asma' al-Husna dalam pembinaan karakter individu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI