​Amalan Mazhab Syafii dalam Fatwa Zakat di Terengganu

RM40.00
9789674124199
2 item(s)
+

Amalan Mazhab Syafii dalam Fatwa Zakat di Terengganu

Author: Wan Zulkifli Wan Hassan

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124199

Pages: 336pp

Year: 2016

Weight:

Price: RM40

Institusi fatwa di Terengganu secara amnya membuat keputusan hukum berdasarkan mazhab Syafi’i. Ini dibuktikan melalui peruntukan Enakmen Negeri Terengganu berhubung prosedur pengeluaran fatwa serta disokong oleh sejarah. Keterikatan kepada satu mazhab akan menimbulkan banyak persoalan. Antaranya adalah mufti dan JK Fatwa hanya menerima mazhab Syafi’i dalam mengeluarkan sesuatu fatwa tanpa merujuk kepada pandangan mazhab-mazhab selain Syafi’i meskipun ia menepati dengan kehendak semasa dan kepentingan umum. Adakah perubahan perkembangan system pendidikan dan pendedahan kepada pelbagai mazhab tidak menimbulkan kesan kepada prosedur dan kaedah dalam memutuskan sesuatu fatwa. Justeru buku ini menganalisis 104 fatwa mengenai zakat atau 6.87 peratus daripada jumlah keseluruhan fatwa dari tahun 1953 hingga 2005 serta mengenalpasti bahan rujukan sekaligus menganalisis sejauhmana keterikatan fatwa-fatwa tersebut kepada mazhab Syafi’i walaupun sebahagian fatwa tersebut tidak diserta sumber rujukan. Hasil kajian mendapati 84 peratus fatwa tersebut tidak menyebut sumber rujukan dan pandangan dari mana-mana fuqaha’. Manakala fatwa yang menyebut rujukan mazhab Syafi’i sebanyak 8 peratus, fatwa yang menyebut pandangan ulama Syafi’I tanpa rujukan sebanyak 4 peratus, fatwa yang merujuk kepada penulisan ulama kontemporari hanya 2 peratus. Adapun fatwa yang merujuk pandangan ulama mazhab lain di samping mazhab Syafi’i dan fatwa yang merujuk kepada pandangan selain mazhab Syafi’i, masing-masing sekadar 1 peratus sahaja. Namun fatwa-fatwa zakat yang tidak disertakan dengan rujukan dan pandangan fuqaha’, sebanyak 93.18 peratus yang boleh disesuaikan dengan pandangan hukum yang diutarakan oleh fuqaha’ dalam mazhab Syafi’i dan mazhab lain walaupun terdapat perubahan dari sudut masa dan suasana masyarakat. Terdapat juga pandangan mazhab Syafi’i tidak diikuti sepenuhnya dalam menghadapi isu-isu fiqh semasa semenjak era 50-an lagi. Sikap keterbukaan dan kelonggaran serta memberi pilihan (takhayyur) dan talfiq kepada masyrakat yang dianggap bersesuaian dengan nas-nas umum dan mekanisme ijtihad seperti istislah, al-dhara’i, ‘urf dan sebagainya adalah dilihat memenuhi kepentingan umum. Wujud juga beberapa fatwa dianggap mempunyai kesimpulan hukum yang sama walaupun berlainan dari sudut tahun dikeluarkan fatwa. Berlaku juga beberapa fatwa yang mempunyai masalah yang sama tetapi penyelesaian hukum yang berbeza disebabkan perbezaan suasana jika menepati dengan objektif Syariah (maqasid al-syari’ah).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI