​Anak-Anak Di Lorong Kami

RM60.00
10 days
9789674910556
5 item(s)
+

Anak-Anak Di Lorong Kami

Author: Naguib Mahfouz

Translator: Adli Yaacob

Publisher: IIUM Press

ISBN: 9789674910556

Weight: 0.220kg

Year: 2020

Page: 524pp

Price : RM60

Novel ini merupakan karya terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat di sebuah lorong sempit di Kaherah. Lorong terpencil dan kumuh tanpa kemudahan asas ini dihuni oleh orang miskin, hidup melarat, terasing dari dunia luar dan ketinggalan dalam serba-serbi. Di kawasan sempit ini merumahkan orang dengan bermacam watak, sifat, profesion, cara fikir, serta konfliknya tersendiri. Meskipun lorong ini terasing daripada kehidupan masyarakat elit serta mewah namun masyarakat di sini tetap bernyawa dan hingar-bingar dengan cara yang tersendiri. Kehidupan masyarakat di lorong ini sangat sederhana kerana terpisah daripada dunia luar khususnya dari sudut pendidikan. Oleh kerana itu, mata pencarian penduduknya juga benar-benar sederhana, iaitu jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan khusus dan biasanya hanya bermodalkan tenaga dan sedikit keterampilan seperti membuka kedai kopi, menjaja kedai kuih atau roti, tukang gunting rambut, tukang kutip sewa rumah pangsa, tukang cari jodoh, pengemis dan 'pencipta pengemis' sekalipun seperti yang tampil oleh sosok Zaita dan para pengemis yang diciptanya. Bahkan kerjaya Dr. Busyi sebagai seorang 'doktor gigi' yang begitu tersohor dan begitu diagungkan oleh hampir seluruh penghuni lorong itu pun hanya kerana beliau pernah bekerja sebagai perawat kepada seorang doktor gigi di Jamaliyah. Pada hal, beliau sendiri bukan lulusan mana-mana institusi pengajian bidang perubatan. Pendapatan mereka sangat rendah dan sekadar memenuhi keperluan harian sahaja. Begitu melaratnya kehidupan di lorong ini, sehingga beberapa orang rela matanya dibutakan, kakinya atau lengannya dikudungkan agar menjadi seorang pengemis. Bahkan, seorang gadis cerdas seperti Hamida, memilih meninggalkan ibu dan lorong yang telah didiami olehnya sejak sekian lama dan




JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI