Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi dalam Penyelidikan Sains Sosial

RM38.00
789831009505
4 item(s)
+
Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi dalam Penyelidikan Sains Sosial

Author: Ramlan Mustapha & Ghazali Darusalam

Publisher: UM Press

ISBN: 789831009505

Weight:

Year: 2018

Page: 102 pp

Price : RM38.00

Buku ‘Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi Dalam Penyelidikan Sains Sosial’ ini adalah sebuah buku kaedah penyelidikan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penyelidik masa kini. Buku ini berupaya menjadi medium rujukan yang signifikan dan eksklusif kepada penyelidik dan sarjana yang berusaha mencari kaedah terkini dalam menghasilkan laporan ilmiah atau tesis sarjana dan kedoktoran. Buku ini ditujukan khas kepada pelajar yang sedang menyiapkan kertas kajian/ kertas projek/ disertasi/ tesis dan yang seumpamanya diperingkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah sama ada di kolej, Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Buku ini mengandungi enam bahagian : pengenalan kaedah delphi, sejarah kewujudan kaedah Fuzzy Delphi, pakar dalam kaedah Fuzzy Delphi, Kaedah pensampelan dalam Fuzzy Delphi, pelaksanaan kaedah Fuzzy Delphi dan contoh kajian menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Bagi setiap bahagian, penerangan secara spesifik diperincikan lagi melalui sub-sub topik yang berkaitan berserta kaedah serta panduan analisis data bagi memudahkan penyelidik memahami setiap langkah analisis dalam kaedah Fuzzy Delphi.

Buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, tidak terlalu kompleks dan setiap topik serta subtopik diperincikan dengan rujukan-rujukan yang relevan dalam menghuraikan sesuatu fakta dan rasionalisasi penggunaan kaedah ini. Buku ini juga dapat memandu penyelidik bagaimana mengoperasikan proses pelaksanaan kaedah Fuzzy Delphi, proses analisis data melalui langkah demi langkah, berserta contoh-contoh artikel terkini yang boleh menjadi panduan kepada penyelidik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI