Aqal Dalam Islam

RM25.00
9789832718390
2 item(s)
+

Aqal Dalam Islam – Softcover

Author: Mohd Zaidi Bin Ismail

Publisher: IKIM

ISBN: 9789832718390

Year: 2016

Weight: 0.210 kg

Pages: 103 pp

Price: RM25

Dalam Falsafah Ilmu (atau Epistemologi) Islam, diakui bahawa secara keseluruhannya terdapat tiga saluran utama ilmu. Masing-masing saluran mempunyai kedudukan dan peranannya yang berbeza namun saling lengkap-melengkapi. Sesungguhnya aqal adalah satu daripada tiga saluran tersebut. Karya bertajuk Aqal dalam Islam : Satu Tinjauan Epistemologi ini bertujuan mengemukakan semula kefahaman Islam berkenaan peranan dan kedudukan aqal, khasnya dalam ruang-lingkup saluran-saluran utama ilmu sebagaimana yang telah dirumuskan dan diterangkan secara sepadu dan adil dalam kitab-kitab aqidah muktabar. Tema-tema penting yang diteliti dan ditekuni dalam tiga bab karya ini adalah: kaitan sekaligus perbezaan antara aqal dan aqal-fikiran, khasnya dalam keadaan kefahaman semasa yang cenderung menyamakan antara kedua-duanya; hubungan antara aqal dan khabar (atau naqal), terutamanya dalam konteks kecenderungan dalam sebahagian masyarakat Muslim kini yang memperseterukan antara kedua-duanya; dan perbezaan serta jalinan antara aqal dan otak, lebih-lebih lagi dalam suasana akademik semasa yang ghairah mengguna pakai apa-ap sahaja yang datang daripada sains moden.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI