​Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu

RM35.00
9789679428056
Out of stock

Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu

Author: Anwar Din

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679428056

Weight:

Pages: 308pp

Year: 2015

Price : RM35

Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu menjelaskan secara langsung tentang siapa sebenarnya Melayu. Ini penting kerana apa saja perkara berkaitan dengan Melayu adalah dilahirkan oleh kelompok manusia yang dinamakan Melayu itu. Sehingga ke hari ini masih belum ada penjelasan yang sah iaitu berasaskan sumber bukti yang sahih dan selaras dengan realiti siapakah yang dinamakan ‘orang Melayu’ itu. Tanpa memahami sifat asasi apa yang dikatakan orang Melayu itu, maka perbicaraan tentang apa saja mengenai orang Melayu termasuk kebudayaan dan kesenian hanya akan menjadi awang-awangan kerana tidak berpijak di alam nyata seperti mana dalam tulisan golongan yang menamakan diri mereka ahli sejarawi linguistik. Dijelaskan dalam buku ini bahawa orang Melayu itu adalah bersifat poligenesis, iaitu bukan dari baka dan tanah asal yang tunggal. Di samping itu, terdapat begitu banyak unsur luaran dalam kebudayaan Melayu yang datangnya daripada pelbagai pengaruh. Ini menyebabkan sentiasa berlaku perubahan dan penambahan dalam kebudayaan Melayu. Sebab utama kenapa ini berlaku adalah kerana sifat orang Melayu itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Buku ini menjelaskan sifat-sifat asasi orang Melayu itu secara empiris. Bertolak dari situ, dijelaskan juga konsep kebudayaan dan kesenian serta beberapa teori penting dalam dunia akademik dalam bidang ini supaya dapat menyediakan asas pengetahuan yang lebih mantap mengenai kebudayaan, kesenian, etos, ritual dan aspek-aspek kebudayaan Melayu lain. Pembangunan kebudayaan Melayu juga diberi perhatian khusus dalam buku ini. Bahagian ini menekankan peranan kerajaan dan pihak bukan-kerajaan dalam pembangunan aspek-aspek kebudayaan dan kesenian Melayu. Buku ini cukup relevan dijadikan rujukan bagi pihak perancang, penggubal dasar dan peminat dalam bidang ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI