Bahasa Korea (ed. 2)
Author/Editor: Rou Seung Yoan & Kim Keum Hyun
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679429954
Weight: 300
Pages: 260
Year: 2015
Price: RM40
Pada abad ke-15, Maharaja Sejong daripada Dinasti Lee telah mencipta satu sistem penulisan bersimbol khusus untuk bahasa Korea, iaitu Hangul. Pada mulanya Hangul hanya mempunyai 24 huruf, iaitu 14 konsonan dan 10 vokal, tapi kini Hangul telah berkembang menjadi 40 huruf dengan 19 konsonan dan 21 vokal. Walau bagaimanapun 24 adalah huruf asas, manakala yang selebihnya adalah gabungan huruf asas. Konsonan Hangul meniru bentuk organ bersuara seperti bibir, lidah atau kerongkong, manakala bentuk vokal pula mempunyai falsafah tentang syurga, tanah dan rakyat. Buku ini dibahagikan kepada 25 unit dengan setiap unit mengandungi bahagian perbualan, perbendaharaan kata, keterangan tatabahasa dan latihan. Untuk memudahkan pelajar menguasai bahasa Korea, bahagian perbualan dimuatkan dengan contoh perbualan harian supaya pelajar boleh menggunakannya dalam berkomunikasi. Bahagian perbendaharaan kata dan keterangan tatabahasa akan menjelaskan makna dan cara penggunaan secara terperinci. Contoh yang digunakan di sini juga adalah daripada perbualan harian. Selepas setiap lima minit unit akan diberikan ulangkaji untuk membolehkan pelajar mengapli kasi kan pelajaran yang telah dipelajari.