​Biografi Ishak Shari: Pejuang Bumi Semua Manusia

RM60.00
9789674122522
2 item(s)
+

Biografi Ishak Shari: Pejuang Bumi Semua Manusia

Author: Mohamed Salleh Lamry

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674122522

Pages: 310pp

Year: 2014

Weight:

Price: RM60

Secara keseluruhannya, biografi ini cukup baik, senang dibaca, bahkan dalam beberapa bahagian mempersonakan…Persoalannya juga sesuatu yang penting. Ia memberi gambaran jelas tentang kedudukan dan sumbangan Ishak serta konteks yang lebih luas, iaitu zaman yang beliau lalui bersama-sama dengan generasi pasca-Merdeka serta Malaysia sendiri pada zaman Dasar Ekonomi Baharu dan zaman Mahathir. Boleh dikatakan biografi ini suatu sumbangan penting terhadap sejarah sosiobudaya, intelektual dan politik Malaysia pasca-Merdeka.


- Profesor Emeritus Dr. Clive S. Kessler, Profesor Emeritus Sosiologi & Antropoligi, Universiti of New South Wales, Sydney


Biografi ini menunjukkan Ishak tetap terus tertumpu pada persoalan ketidakadilan, kemiskinan dan ketaksamaan. Boleh dikatakan Ishak antara bilangan kecil pengkritik yang berani menyuarakan kritikan terhadap kesan-kesan tidak adil dasar-dasar liberalisasi ekonomi yang muncul di Malaysia semenjak pertengahan tahun 1980-an dan juga akibat proses globalisasi.


- Dr. Jomo K.S., Mantan Penolong Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu; Naib Ketua Pengarah, Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian (FAO), Rom Itali


Penerbitan biografi ini memang suatu penghormatan yang amat perlu bagi merakamkan sumbangan besar Ishak dan teladan yang boleh dipelajari daripadanya. Biografi ini cukup baik dan komprehensif, memaparkan pembentukan intelektual Ishak, Keterserlahannya sebagai seorang sarjana, pemimpin akademik dan guru serta sebagai intelektual awam dan pemikir. Biografi ini juga memaparkan peribadi Ishak sebagai seorang insan yang rendah hati, sentiasa ceria dan senang ketawa, sorang yang berfikiran terbuka dan maju yang memandang seseorang itu tanpa mengira warna kulit, agama dan kedudukannya.


- Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong, Felo Utama, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS), UKM


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI