Bukan Ustaz Bukan Peguam

RM35.00
9789672007166
873 item(s)
+

Bukan Ustaz Bukan Peguam

Penulis: Mohamed Hadi AH

Penerbit: ILHAM Books

ISBN: 9789672007159

Muka Surat: 224 pp

Siapakah yang layak untuk menjadi Pegawai Syariah di sesebuah institusi kewangan Islam? Mereka tidak dianggap sebagai Peguam, bukan juga sebagai Ustaz. Namun, seorang Pegawai Syariah memikul tugas agama yang besar, iaitu memartabatkan undang-undang muamalat Islam dalam arus perdana kewangan Negara. Ada yang menyangka dunia kewangan Islam ini indah-indah bekala, berelaun lumayan, bersidang di sana-sini, dan mendapat perhatian lensa media massa. Benarkah begitu?

Buku ini memuatkan catatan santai anekdot penulis, berkenaan perjalanan akademik beliau, meniti dari satu kerjaya ke kerjaya yang lain sehinggalah bagaimana penulis boleh ‘mendarat’ dalam dunia institusi kewangan Islam. Para pembaca juga akan dibawa untuk melihat isu-isu kewangan semasa melalui kaca mata seorang pengamal bidang undang-undang dan kewangan Islam, misalnya dalam bab DNA Babi dalam Urusan Kewangan, Indahnya Haram, dan Ayam Sembelih Ayam Tak Sembelih.

Untuk pengenalan lanjut, sila klik link di bawah:

Prolog Bukan Ustaz Bukan Peguam

11 Kesilapan Pengawai Syariah Dalam Industri Kewangan Islam

==========

DR. MOHAMED HADI AH merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Latar belakang beliau ialah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (Kepujian), Sarjana Undang-Undang Perbandingan dan
Doktor Falsafah Undang-Undang, kesemuanya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelatih dalam kamar di sebuah frma guaman korporat di segi tiga emas ibu kota sebelum diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada Mac 2010.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Putrajaya dan pensyarah undang-undang di IIUM sebelum terjun ke bidang kewangan Islam dan menjadi pengurus di Jabatan Syariah sebuah syarikat pengendali takaful di ibu negara sejak Julai 2011. Beliau aktif menulis dengan pelbagai isu dan topik yang meliputi sejarah, politik, agama dan undang-undang. Penulisannya (atau beliau lebih gemar menyebutnya sebagai ‘hasutan’) boleh diikuti di laman facebook beliau iaitu Mohamed Hadi AH.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI