Catatan Sebelum Maghrib: Diari Seorang Imam

RM25.00
9789671309771
460 item(s)
+

Catatan Sebelum Maghrib: Diari Seorang Imam

Author: Rosli Che Soh
Page : 235 pp.
ISBN: 9789671309771
Publisher: ILHAM Books
Published: 2016

Acap kali, ketika hampir azan Zohor, bila ambo sampai di Masjid Muhammadi Kota Bharu, dari urusan luar masjid, ada ahli jemaah masjid bertanya, “Baru mari masjid ke?” Soalan yang ditanya itu menggambarkan ahli jemaah yang bertanya itu memahami bahawa tugas Imam hanyalah datang untuk mengimami solat sahaja. Mungkin beliau tidak mengetahui bahawa selain dari mengimami solat, masih banyak lagi tugas-tugas Imam yang lain yang mungkin tidak diketahuinya.

Bukan sekali, ketika menerima panggilan telefon, soalan daripada pemanggil bertanyakan, “Mohon maaf Tuan Imam, sedang tidur ke?” Walhal ketika itu di waktu siang hari. Barangkali pemanggil menyangka selain dari mengimami solat di masjid, di masa selang antara waktu solat, Imam hanya tidur sahaja. Namun bukan semua orang beranggapan begitu.

Ambo mula mencatat beberapa catatan semasa bertugas di masjid dan di luar masjid. Menceritakan kejadian yang berlaku harian. Secara tidak langsung menjawab anggapan sesetengah masyarakat yang menyangka bahawa tugas Imam-Imam masjid di negeri ini hanyalah mengimami solat sahaja.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI