​Dakwah dan Perubahan Sosiobudaya

RM35.00
9789674124021
2 item(s)
+

Dakwah dan Perubahan Sosiobudaya

Author: Salasiah Hanin Hamjah

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124021

Year: 2016

Pages: 212 pp

Price: RM35

Banyak perubahan berlaku dan terus berlaku dalam kehidupan ini kerana perubahan adalah lumrah kehidupan. Keadaan dan cerita pada masa lalu tidak mungkin sama dengan keadaan dan cerita pada masa kini. Sering kali juga perubahan dikaitkan dengan pembangunan meskipun tidak semua perubahan itu menggambarkan pembangunan. Perubahan sosiobudaya juga merupakan salah satu bentuk perubahan yang perlu dihadapi oleh masyarakat Islam pada hari ini. Perubahan sosiobudaya ini ada yang selari dengan prinsip Islam dan ada juga yang kurang menepati ajaran Islam. Antara aspek perubahan sosiobudaya yang dibincangkan dalam buku ini seperti hubungan perubahan sosiobudaya dengan pembangunan, faktor pendorong dan penghalang perubahan sosiobudaya, tata kawal arus perubahan sosiobudaya, keadilan sosial dalam masyarakat Islam, wanita dan perubahan sosiobudaya serta peranan pendakwah dalam mendepani perubahan sosiobudaya yang berlaku pada masa kini. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh masyarakat umum, para pendakwah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi khususnya dalam bidang dakwah, media, kaunseling, budaya dan sosiologi sebagai menambah khazanah ilmu pengetahuan dan sumber rujukan dalam bidang berkenaan. Buku ini diharapkan berupaya menjadi panduan dalam menangani isu perubahan yang kadang-kadang menimbulkan keraguan sama ada selari atau bertentangan dengan ajaran Islam. Buku ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam dalam mendepani arus perubahan sosiobudaya yang begitu pantas dalam era globalisasi dan cabaran dunia tanpa sempadan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI