​Dasar Dan Tadbir Dalam Sejarah

RM75.00
9789831008324
3 item(s)
+

Dasar Dan Tadbir Dalam Sejarah

Author: Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus Noor Ain Mat Noor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008324

Pages: 432pp

Year: 2015

Weight:

Price: RM75

Dewasa ini, ramai pihak yang menganggap sejarah sebagai ilmu yang tidak penting dan tidak relevan lagi pada masa kini. Hakikatnya, kegagalan memahami masa lalu sebenarnya menjadi punca kepada kegagalan untuk merancang masa depan. Memetik kata-kata Francis Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris, bahawa“…history make man wise”. Ungkapan ini membawa maksud sejarah menjadikan seseorang itu lebih bijak dalam menangani situasi di masa hadapan.. Dasar merujuk kepada polisi, prinsip dan teras yang menjadi asas kepada segala tindakan bagi sesebuah organisasi. Pentadbiran pula didefinisikan sebagai suatu sistem atau tindakan yang melibatkan aspek pengurusan, pemerintahan dan pengelolaan terhadap dasar, fungsi dan perjalananan sesebuah organisasi. Kedua-duanya mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Perkembangan pentadbiran sesebuah negara atau institusi bergantung sepenuhnya kepada dasar yang telah digubal dan ditetapkan. Dengan kata lain, dasar menjadi penggerak dan penentu kepada hala tuju sesebuah pentadbiran. Secara umumnya, kajian mengenai pentadbiran merupakan suatu yang penting dalam melihat persejarahan sesebuah negara dan institusi. Kajian terhadap aspek ini bukan sahaja dapat memperlihatkan dengan lebih jelas struktur sesebuah organisasi bahkan dapat memperincikan dengan lebih mendalam mengenai rangka sesebuah pentadbiran serta pihak-pihak yang berkuasa dalam menentu dan melaksanakan sesuatu dasar. Salah satu aspek terpenting dalam memahami sejarah sesebuah organisasi adalah dengan meneliti terlebih dahulu perkembangan dan perjalanan organisasi tersebut.

Oleh sebab itu, buku ini diketengahkan bagi memberi kefahaman dan pengetahuan terhadap dasar dan pentadbiran yang dilaksanakan di Malaysia khasnya dari sudut sejarah. Kekuatan buku ini dapat dilihat melalui 14 buah artikel yang mencakupi tempoh perbincangan dari abad ke-18 sehinggalah abad ke-21. Diharapkan buku ini dapat memberi pengetahuan yang mendalam terhadap aspek dasar dan tadbir khasnya dari sudut sejarah kepada para pembaca. Penulis juga berharap buku ini dapat menjadi rujukan tambahan kepada para pelajar dalam menjalankan kajian dan penyelidikan. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan dalam memperkayakan lagi ilmu sejarah di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI