​​Dinamika Wacana Politik Malaysia Dan Global

RM70.00
978-983-100-893-5
1 item(s)
+

Dinamika Wacana Politik Malaysia Dan Global

Author: Mohd Azizuddin Mohd Sani

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-893-5

Year: 2016

Weight: 0.350 kg

Price: RM70

Buku ini bertajuk DINAMIKA WACANA POLITIK MALAYSIA DAN GLOBAL yang bermaksud coretan berkenaan isu-isu semasa global. Ia adalah hasil koleksi 116 artikel karya Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia dan Kolumnis Berita Harian, yang diterbitkan oleh akhbar arus perdana Berita Harian bermula pada tahun 2009 sehinggalah Disember 2015. Antara isu-isu yang dibincangkan secara mendalam di dalam buku ini ialah berkaitan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) di Malaysia, Tragedi MH370 dan MH17, Komuniti ASEAN dan Konflik Asia Barat. Buku ini juga banyak membincangkan isu-isu domestik Malaysia dan antarabangsa. Ianya terbahagi kepada 6 Bab. Terdapat satu bab (Bab 1) khusus membicarakan berkenaan PRU-13. Peranan politik dan sosio-ekonomi Malaysia terutamanya dasar pendidikan negara dibincangkan secara mendalam di dalam buku ini (Bab 2 dan 3).

Seterusnya buku ini juga mempunyai puluhan artikel yang cuba merungkai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa dan menganalisa isu-isu semasa di peringkat Asia Tenggara, Asia Barat dan politik Islam serta global secara umumnya (Bab 4, 5 dan 6). Secara keseluruhannya, para pembaca akan dapat mengikuti wacana Malaysia dan global sepanjang beberapa tahun di samping pengetahuan dan pemahaman tentang isu-isu yang dibicarakan tersebut. Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk pembacaan umum dan para penganalisis hal ehwal Malaysia dan antarabangsa, wartawan, akademia, ahli politik serta pelajar yang mengikuti pengajian Malaysia, sains politik, hubungan antarabangsa, dan pendidikan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI