Hadis Tasawuf Dalam Kitab Hidayah Al-Salikin

RM46.00
978-983-100-681-8
Out of stock

Hadis Tasawuf Dalam Kitab Hidayah Al-Salikin

Author: Ishak Sulaiman & Khader Ahmad

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-681-8

Year: 2013

Pages: 184 pp

Price: RM46

Kitab Hidayah al-Salikin Suluk Maslak al-Muttaqin (Pedoman Bagi Orang Yang Berjalan Pada Perjalanan Orang Yang Takut Akan Allah Ta‘ala) merupakan sebuah karya Syeikh ‘Abd al-Samad al-Jawi al-Falimbani. Kitab ini adalah karya saduran daripada karya Imam al-Ghazali berjudul Bidayah al-Hidayah. Perbincangan di dalam kitab lebih kepada perbahasan terhadap aspek tasawuf, khusus untuk golongan mubtadi (permulaan). Syeikh ‘Abd al-Samad al-Jawi al-Falimbani telah menyusun dan menyelesaikan penulisan kitab ini pada hari Selasa 5 Muharam 1192H di Makkah. Kitab ini menjadikan hadis-hadis sebagai dalil utama di samping ayat-ayat al-Quran dalam menjelaskan aspek-aspek tasawuf yang dibahaskan. Berdasarkan penelitian, terdapat 176 hadis telah dirujuk sebagai hujah dan sandaran dalil tersebut. Namun begitu, sebahagian daripada hadis-hadis tersebut dipertikaikan keautoritiannya sebagai hujah. Oleh itu, buku ini berusaha untuk mengetengahkan hadis-hadis tasawuf tersebut dan menilai keautoritiannya melalui usaha takhrij dan mencari sumber kepada rujukan bagi keseluruhan hadis yang dijadikan hujah itu. Selepas itu, ditentukan hukum hadis sama ada daripada hadis yang diterima sebagai hujah ataupun hadis yang ditolak. Buku ini mengandungi lima bab utama yang memberi fokus terhadap perbincangan hadis-hadis tasawuf di dalam kitab Hidayah al-Salikin di samping perbincangan tentang perkembangan tasawuf di Alam Melayu, perbahasan terhadap latar belakang kitab, pengarang kitab dan aspek-aspek tasawuf yang dibincangkan. Semoga buku ini menjadi rujukan kepada semua pihak yang sering menjadikan kitab Hidayah al-Salikin sebagai bahan pengajaran dan kuliah agama untuk mengetahui tentang kedudukan kitab ini serta nilai keautoritian dalil daripada hadis yang dikemukakan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI