​Hikayat Sarawak

RM50.00
9789831004685
2 item(s)
+

Hikayat Sarawak

Author/Editor: Nordi Ache

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831004685

Weight: 250

Pages: 212

Year: 2009

Price: RM50


Hikayat Sarawak adalah sebuah karya sejarah tradisional paling awal diterbitkan di Sarawak. Merupakan persejarahan negeri yang punya keistimewaan tersendiri dalam konteks persejarahan Malaysia. Pengkaryanya, Muhammad Rakawi Yusuf adalah seorang nasionalis dan novelis Melayu berjiwa kritis dan mendukung gagasan pembaharuan Kaum Muda. Rakawi menyifatkan imperialis Barat persis seekor ular yang melingkari Borneo. Rakawi menyaksikan sendiri negerinya diperintah rejim Brooke dan birokrat kulit putih yang sombong bangga dengan kebudayaan mereka. Rakawi resah gelisah melihat nasib anak watan yang miskin serba-serbi; sedang pada waktu sama, kekayaan tanah airnya disedut bangsa asing yang mengecapi kemajuan ekonomi dan pendidikan. Berbanding nasib putera bumi Sarawak yang dibelenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu. Malahan, dokumen dan karya sejarah yang ditulis dari sudut pandang kolonial, termasuk penulis upahan Brooke; menghina budaya putera bumi manakala pejuang antikolonial pula dicap sebagai lanun dan pemberontak. Beranikah Rakawi mencabar dogma ini sekali gus menyanggah kejalangan ilmiah penulis upahan rejim Brooke? Tegasnya, persoalan tersebut hanya terjawab secara tuntas jika perbandingan dibuat antara pemikiran kesejarahan Rakawi dalam Hikayat Sarawak dengan A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs (1909), karya S. Baring -Gould dan C. A. Bampfylde


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI