Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia

List price: RM45.00
RM35.00
You save: RM10.00 (22%)
Save 22%
9789672429081
1 item(s)
+

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia

Author: Nazri Muslim

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121853

Year: 2017

Weight: 0.200 kg

Pages: 286 pp

Price: RM35

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai perlembagaan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan perbahasan ilmiah mengenai perlembagaan adalah dalam bahasa Inggeris, bersifat teknikal undang-undang dan istilah jargon yang hanya di fahami oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan. Jestru, buku ini cuba mengisi kelompangan perbahasan dalam Bahasa Melayu, penggunaan bahasa yang tidak bersifat teknikal undang-undang dan bebas dari istilah jargon undang-undang. Di samping itu, buku ini dibahaskan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia dan dibekalkan dengan data yang bentuk empirikal. Kedalaman perbincangan buku ini mengkhusus kepada dua tiang seri dalam perlembagaan iaitu Islam dan orang Melayu yang sering kali menjadi konflik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Berasaskan kajian ilmiah yang menyentuh isu-isu Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif hubungan etnik, telah mencetuskan idea untuk menghasilkan buku ini untuk tatapan umum. Antara kandungan penting dalam buku ini ialah Islam dan Melayu dalam perlembagaan, isu-isu yang berkaitan seperti diskriminasi perlindungan, perbahasan peruntukan Perkara 153, kesamarataan dari pandangan Islam dan cuba membawa misi ke arah memasyarakatkan perlembagaan. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI