Cerminan Orang Mukmin Dan Peringatan Kepada Yang Lalai

List price: RM48.00
RM40.00
You save: RM8.00 (17%)
Save 17%
9789674405724
1 item(s)
+

Cerminan Orang Mukmin Dan Peringatan Kepada Yang Lalai

Author: Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim

Publisher: USIM Press

ISBN : 9789674405724

Year: 2018

Price : RM 40.00

Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani Bukit Bayas Terengganu merupakan antara ulama Terengganu abad ke-19 yang masyhur yang berperanan sebagai mufti dan penasihat Sultan Omar Riayat Shah (Marhum Baginda Omar). Beliau terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: Daripada keturunan Rasulullah s.a.w. atau golongan `Sayid'. Beliau meninggal dalam tahun 1864 M di Kampung Paya Bunga, namun ada sesetengah pendapat meriwayatkan di Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Merupakan buku yang kesepuluh hasil karya Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Nilai, Negeri Sembilan. Ia merupakan suntingan dan kajian sebuah teks Melayu yang amat nadir karangan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas Terengganu. Tokoh ini merupakan antara ulama Terengganu abad ke-19 yang masyhur yang berperanan sebagai mufti dan penasihat Sultan, antaranya Baginda Omar. Teks yang dikaji ini adalah bersumberkan satu-satunya naskhah karya ini yang dijumpai setakat ini yang disalin oleh muridnya Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu ketika hayat pengarangnya di Bukit Bayas, Terengganu.

Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif book has just been published! It is a textual edition and study of a previously unknown work by Abdul Qadir of Bukit Bayas, Terengganu; an influential ulama, mufti and advisor of sultans (esp. Baginda Omar) in 19th century Terengganu. The edited text presented in this book is based on its only known manuscript copied by his student; Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf of Terengganu during the lifetime of his teacher at Bukit Bayas.

Bagi maklumat lanjut berkenaan buku boleh berhubung ataupun pm ke FB Muhammad Mustaqim Mohd Zarif.

Pembaca dan peminat Sejarah Terengganu di galak mendapatkan dan membaca buku ini agar sama-sama mendapat ilmu serta gambaran suasana betapa suburnya pengajian islam di zaman pemerintahan Marhum Baginda Omar di Kesultanan Terengganu. Selain itu di jadikan sebahagian dari buku penting dalam koleksi buku-buku Sejarah Terengganu terbaru.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI