Sains Di Alam Melayu

RM35.00
9789674124052
2 item(s)
+
Sains Di Alam Melayu

Editor: Abdul Latif Samian & Nazri Muslim

Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka

ISBN: 9789674124052

Pages: 305 pp

Year: 2017

Weight:

Price: RM65

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai sains di Alam Melayu. Orang Melayu mampu mengkategori, menyusun dan mengkelaskan khazanah herba yang dihasilkan oleh hutan tropika di sekitarnya. Mereka kenal beberapa tumbuhan, mereka tahu khasiat dan fungsi akar kayu, kulit kayu, teras kayu, daun kayu, buah kayu dan pucuk kayu. Mereka juga faham akan ikan di air, binatang di hutan, unggas dan serangga yang berterbangan di udara, kokok ayam dan kicau burung, mereka tahu bila hari akan siang dan bila pula bertukar malam.

Segala sumber alam adalah ilmu kepada mereka, malah sesuatu yang menarik tentang sains Alam Melayu adalah perkaitannya yang rapat dengan pandangan alam Islam. Walaupun telah melalui pelbagai zaman Melayu kuno hinggalah kepada animisme, zaman Hindu/Buddha, zaman penjajahan, namun kedatangan agama Islam telah memberikan impak yang paling besar kepada kehidupan orang Melayu. Pengaruh tersebut juga akhirnya tergambar dalam sain Alam Melayu.

Oleh itu dalam membangunkan barangan atau mewujudkan hasil sains Melayu, pengaruh Agama Islam jelas tergambar pada setiap tamadun yang lengkap lagi bersepadu sewajarnya mempunyai sains. Ini kerana sains merupakan salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana tamadun. Diharapkan buku ini terus memperkembangkan lagi korpus ilmu mengenai sains di Alam Melayu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI