Penyelidikan: Pendekatan dan Cabaran

RM34.00
9789831008669​
1 item(s)
+

Penyelidikan: Pendekatan dan Cabaran

Author: Qasim Ahmad

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008669

Weight:

Year: 2016

Page: 96 pp

Price : RM34

Buku yang membicarakan salah satu kegiatan terpenting para akademik dan siswa ini memberikan tumpuan kepada kerangka yang selain daripada perincian metode-metode penyelidikan semata-mata. Di samping menggariskan latar belakang akitiviti penyelidikan, ia juga menonjolkan persamaan dan perbezaan yang terdapat antara pelbagai disiplin akademik bersabit hal ini. Seterusnya, permasalahan dan cabaran semasa tentang penyelidikan juga turut digarap.

Dengan mengutarakan konteksnya yang lebih meluas, membabitkan sejarah dan kepentingannya pada masa kini, diharapkan, para siswa terutamanya, akan menjadi lebih terangsang untuk memberikan pemerhatian yang lebih serius terhadap bidang penyelidikan. Dengan itu juga bidang penyelidikan seharusnyalah tertempat pada tahap yang sewajarnya.

Penulisan ini disediakan bukan hanya untuk tatapan para akademik dan siswa-siswi di universiti, tetapi juga untuk semua mereka yang berminat dan mempunyai hubungan dengan bidang penyelidikan dan penulisan, baik penjawat awam mahupun ahli masyarakat amnya.

Qasim Ahmad telah berkhidmat di tiga buah universiti dari 1977-2014: Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pernah menjadi felo pelawat di University of New South Wales, Universiti Malaya, Universidad Autonoma de Madrid dan The European University Institute, Florence. Antara penulisan beliau ialah Australia Y La Espana De Franco, 1945-50 (Madrid,1997), Revolusi Industri: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan Politik (Kota Kinabalu, 1999), Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan (Kuala Lumpur, Edisi Kedua: 2003), Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan (Kuala Lumpur, Edisi Kedua: 2004) dan Malaysia-Spain Relations: The Impact of A Historical Past (Shah Alam, 2008).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI