Teori dan Amalan Kaunseling Kerjaya

RM46.00
9789831007778
10 item(s)
+

Teori dan Amalan Kaunseling Kerjaya

Author: Melati Sumari, Norfaezah Md Khalid & Norsafatul Aznin A. Razak

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789831007778

Weight: 0.4 kg

Year: 2015

Page: 200 pb

Price : RM46

Penerbitan buku Teori dan Amalan Kaunseling Kerjaya merupakan inisiatif untuk memberi pendedahan secara mendalam dan holistik kepada individu yang terlibat dalam profesion kaunseling. Mereka termasuklah kaunselor, guru bimbingan, dan pelajar yang mengambil jurusan kaunseling. Buku ini ditulis dengan memberi fokus kepada teori-teori kaunseling kerjaya yang boleh diaplikasi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjaya. Perbincangan yang menjadi intipati buku meliputi teori-teori kaunseling kerjaya yang yang telah diterima pakai sejak dahulu seperti Teori Personaliti Holland dan teori terkini seperti Teori Pembelajaran Kognitif Sosial.

Secara terperincinya, buku ini terdiri daripada dua belas bab yang dimulakan dengan pengenalan mengenai kaunseling kerjaya, kepentingan kaunseling kerjaya, dan kemahiran yang diperlukan oleh kaunselor kerjaya di samping perbincangan mengenai aspek etika. Bab-bab seterusnya membincangkan tentang teori iaitu Tret dan Faktor, Teori Personaliti Holland, Teori Personaliti Myers-Briggs, Teori Circumscription Compromise Gottfredson, Teori Pembelajaran Sosial Krumboltz, Teori Perkembangan Hayat Super, Teori Kognitif Sosial, teori berasaskan hubungan, Teori Kesepadanan Individu-Persekitaran, dan Teori Penyesuaian kerjaya. Manakala, bab akhir buku ini membincangkan isu-isu dalam bimbingan dan kaunseling kerjaya. Perbincangan dalam setiap bab yang dikemukakan dalam buku ini merangkumi aspek pengenalan dan pengasas teori, perbincangan terperinci mengenai teori, dan penggunaan alat ujian yang boleh diaplikasikan bersandarkan teori yang telah dikemukakan. Malah, isu seting silang budaya turut menjadi wadah perbincangan selaras dengan acuan budaya Malaysia. Kelebihan dan kekurangan setiap teori juga turut dibincangkan.

Keistimewaan buku ini termasuklah memperkenalkan teori-teori kaunseling kerjaya yang terkini yang boleh menjana percambahan intelektual melalui soalan perbincangan pada setiap bab. Adalah diharapkan, penerbitan buku ini dapat dijadikan rujukan utama bagi mahasiswa, pengamal kaunseling, guru, pelajar institusi pendidikan guru dan universiti serta individu yang berminat mendalami bidang bimbingan dan kaunseling kerjaya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI