Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia 1900-1965

RM77.00
9789838615709
1 item(s)
+
Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia 1900-1965

Author: Low Choo Chin

Publisher: USM Press

ISBN: 9789838615709

Pages:

Year:

Weight:

Price: RM77

Buku ini membincangkan kemelut isu kewarganegaraan Malaysia. Kandungan utama buku ini adalah berkaitan evolusi dasar dwikerakyatan. Ia menganalisa faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan mengubah polisi dwikerakyatan kepada polisi satu kerakyatan menjelang kemerdekaan. Dasar tidak mengiktiraf dwikerakyatan masih kekal sehingga hari ini. Parti Perikatan berpegang kepada dasar satu kerakyatan manakala kerajaan kolonial British mengamalkan polisi dwikerakyatan yang liberal.

Bagaimanakah kedua-dua pihak tersebut mencapai kompromi semasa rundingan kemerdekaan? Tinjauan karya tertumpu kepada Malaysia, tetapi ia turut membincangkan isu kerakyatan negara lain yang berperanan mempengaruhi arah perkembangan kerakyatan Malaysia. Penulis ingin mengetengahkan satu isu pokok – dalam konteks Malaysia, istilah kewarganegaraan dan kerakyatan mempunyai implikasi politik yang berbeza (sebelum tahun 1965). Kemelut kewarganegaraan yang dihadapi oleh perangka perlembagaan adalah berkait rapat dengan pengunaan istilah-istilah tersebut. Perbincangan buku ini adalah berdasarkan dokumen sejarah yang kukuh. Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu rujukan bagi kajian sejarah, politik, pentadbiran awam dan undang-undang di institusi pengajian tinggi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI