​Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam

RM46.00
978-983-100-918-5
6 item(s)
+

Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam

Author: AHMAD SUFIAN CHE ABDULLAH NOOR NAEMAH ABDUL RAHMAN

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-918-5

Year: 2017

Weight: 0.210kg

Pages: 156 pp

Price: RM46

Perkembangan ilmu pengetahuan hari ini mendedahkan dunia kepada kepelbagaian pandangan dalam hukum Islam. Walaupun sumber Syariah yang utama hanya teks al-Quran dan Sunnah, namun hukum yang terhasil adalah pelbagai, sebagai manifestasi fleksibiliti Syariah dalam menangani isu-isu dan keperluan manusia dalam semua keadaan. Al-Quran dan Sunnah boleh menerima pelbagai tafsiran dan interpretasi, bergantung kepada tahap kesarjanaan individu yang mentafsirkannya. Untuk memastikan tafsiran terhadap teks hukum tidak tersasar daripada kehendak Syariah, para sarjana usul fiqh telah menyusun metode dan kaedah interpretasi yang komprehensif, meliputi kaedah asas linguistik sehinggalah metode penyelarasan dan penyesuaian, bagi teks-teks hukum yang kelihatan bercanggah. Justeru, buku ini cuba mengulas secara komprehensif dan praktikal tentang kaedah dan teori interpretasi teks hukum Islam, yang secara tidak langsung menjelaskan kepada para pembaca dan pengkaji bidang Syariah tentang bagaimana perbezaan pendapat boleh berlaku dalam kalangan mazhab-mazhab fekah utama Islam. Dengan mengetahui asas kepada perbezaan tafsiran para fuqaha’ Islam, akan memberi ruang kepada penyelidikan moden untuk mengambil manfaat daripada perbezaan hukum untuk meneruskan kesinambungan ijtihad kontemporari.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI