Keadilan Restoratif bagi Kanak-Kanak di Malaysia: Perspektif Undang-Undang dan Kerja Sosial

RM60.00
978-967-488-157-3
6 item(s)
+

Keadilan Restoratif bagi Kanak-Kanak di Malaysia: Perspektif Undang-Undang dan Kerja Sosial

Editor: Jal Zabdi Mohd Yusoff, Siti Hajar Abu Bakar, Ah Noralina Omar, Zulazhar Tahir, Sridevi Thambapillay, Nur Ezaitie Nabihah Md Eusofe

Publisher: UM Press

ISBN: 978-967-488-157-3

Weight:

Year: 2020

Page: 286 pp

Price : RM60

Buku Keadilan Restoratif bagi Kanak-Kanak di Malaysia: Perspektif Undang-Undang dan Kerja Sosial ini merupakan satu kompilasi kertas kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Keadilan Restoratif Bagi Kanak-Kanak Di Malaysia Dari Perspektif Undang-Undang Dan Kerja Sosial 2018. Intipati perbincangan dalam buku ini adalah berkisar kepada pendekatan baharu dalam menangani dan membantu kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang; iaitu pendekatan restoratif, yang dilihat oleh ramai pengamal undang-undang dan kerja sosial sebagai satu pendekatan alternatif yang lebih bersifat humanistik dan berkesan dalam membantu memulihkan tingkah laku kanak-kanak; berbanding dengan sistem keadilan jenayah konvensional sedia ada.

Buku ini menggabungkan pemikiran teoritikal daripada para pengamal undang-undang yang melakarkan sistem keadilan restoratif bagi kanak-kanak dengan pemikiran praktikal para pekerja sosial yang menyampaikan program-program pemulihan berasaskan pendekatan restoratif kepada kanak-kanak. Perbincangan dalam buku ini juga tidak terhad kepada pelaksanaan Sistem Keadilan Restoratif di Malaysia sahaja. Perbincangan merangkumi pelaksanaan sistem keadilan restoratif bagi kanak-kanak di negara-negara luar seperti Singapura, Thailand, Britain dan New Zealand. Buku ini juga mengandungi pelbagai cadangan bagi bertindak-balas dengan pelbagai masalah atau cabaran yang dihadapi dalam usaha melaksanakan Sistem Keadilan Restoratif di Malaysia.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI