Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946-1963

RM20.00
9789834608712
3 item(s)
+

Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946-1963

Author: Hashim Fauzy Yaacob

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834608712

Pages: 248pp

Weight:

Year: 2014

Price: RM 20

Sarawak mengalami beberapa peringkat penjajahan yang banyak meninggalkan kesan politik dan sosioekonomi kepada penduduk setempat. Peringkat pertama penjajahan berlaku apabila wilayah ini diambil daripada Kesultanan Brunei oleh Brooke, kemudian Jepun merampas wilayah ini daripada pemerintahan Brooke, iaitu dari tahun 1941 hingga 1945. Tamat Perang Dunia Kedua, Brooke berasa tidak mampu lagi untuk mentadbir Sarawak, maka rundingan telah dibuat untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Dengan itu, pada tahun 1946 Sarawak telah berpindah tangan daripada pemerintahan Brooke kepada kerajaan British, walaupun sebahagian besar masyarakat peribumi tidak menyetujui penyerahan tersebut. Penumpuan khusus penulis adalah pada kedudukan orang Melayu-Islam sebagai kaum peribumi di bawah penjajahan British dari tahun 1946 hingga tahun 1963. Seperti yang telah ditegaskan, buku ini dutulis kerana penulis berasakan terlalu sedikit penulisan dibuat tentang zaman penjajahan British dan khususnya, orang Melayu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI