​Kerakyatan Planet

RM62.00
9789674880514
2 item(s)
+

Kerakyatan Planet

Author/Editor: Hazel Henderson • Daisaku Ikeda Penterjemah Asmah Haji Omar

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880514

Weight: 300

Pages:

Year: 2018

Price: RM62


Dua tokoh aktivis global yang terkenal di dunia meneroka kebangkitan “globalis akar umbi” — rakyat di seluruh dunia yang bertanggungjawab membina masa depan yang lebih aman, berharmoni dan berdaya tahan. Para pengarang juga membincangkan latar belakang mereka sendiri dan apa yang mendorong mereka secara individu ke dalam aktivisme skala dunia. Pada masa yang sama, mereka memberikan galakan dan maklumat konkrit kepada berjuta-juta warga yang prihatin yang ingin menghasilkan perbezaan. Pelbagai isu yang kini mendapat pengiktirafan yang lebih besar di semua peringkat masyarakat yang diterokai, termasuk pembangunan yang berdaya tahan, keadilan ekonomi, menghormati orang pribumi dan tanah serta sumber tradisional mereka, pendemokrasian politik dan institusi antarabangsa, menjadikan syarikat-syarikat berakauntalibiliti, dan memulihara biodiversiti, kualiti udara dan iklim Bumi ini.

Daripada memikirkan ramalan-ramalan yang azab dan suram, Henderson dan Ikeda sebaliknya menggunakan optimisme yang praktikal tetapi mendalam dalam potensi manusia dan keupayaan kita untuk membina masa depan yang lebih cerah. Dengan dalil bahawa perubahan positif hati seorang boleh membawa kepada perubahan keseluruhan di dunia, mereka membentangkan pandangan menarik yang menggoncang dan mencabar pembaca. Dengan memberikan tumpuan kepada nilai-nilai kerohanian yang diperlukan untuk membina dunia yang lebih baik, kedua-dua tokoh tersebut menghubungkan isu-isu global yang kompleks kepada rakyat biasa dan meyakinkan kita bahawa kita mempunyai kuasa untuk membuat perubahan positif dalam keluarga, komuniti, negara dan dunia kita pada keseluruhannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hazel Henderson Futuris terkenal di dunia, pakar ekonomi evolusi, kolumnis media global dan perunding pembangunan berdaya tahan. Beliau pengarang Beyond Globalisation, Building a Win-Win World, Creating Alternative Futures dan lima buku yang lain.Beliau juga pencipta bersama Petunjuk Kualiti Hidup Calvert – Henderson. Editorial beliau diterbitkan dalam 27 bahasa dan lebih 400 akhbar yang dikuasai Interpress Service.

Daisaku Ikeda Presiden Soka Gakkai Internasional, sebuah persatuan awam agama Buddha yang menggalakkan keamanan, kebudayaan dan pendidikan. Sebagai pemimpin inspirasional berjuta-juta orang, Daisaku Ikeda diiktiraf sebagai seorang daripada penafsir terkemuka agama Buddha, membawa kebijaksanaan abadi untuk membincangkan pelbagai isu yang kompleks yang dihadapi umat manusia. Beliau telah menulis beberapa buah buku, termasuk For the Sake of Peace yang memenangi anugerah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI