​ Kukuh Nilai Kukuh Negara

RM60.00
9789674881610
12 item(s)
+

Kukuh Nilai Kukuh Negara

Author: Roziah Omar Sivamurugan Pandian Md Nasrudin Md Akhir Darulihsan Abdul Hamid

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881610

Weight:

Year: 2020

Page: 334pp

Price : RM60

Buku ini adalah tentang senario yang sedang dihadapi oleh masyarakat secara umumnya. Dasar inklusif di bawah pengukuhan nilai akan membantu pelaksana dan pembuat dasar serta kesemua kumpulan sasar memahami keperluan pengukuhan nilai menjadi sebahagian dari kehidupan. Kukuh Nilai, Kukuh Negara relevan dalam merentasi Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ke Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025. Begitu juga dengan Sustainable Development Goals (SDG) 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Kesemuanya penting kerana prinsipnya progresif dan berkongsi matlamat untuk memakmurkan negara berpusatkan kehidupan berukun. Proses dan sistem yang bercirikan nilai kemasyarakatan penting untuk memastikan dalam mengejar pertumbuhan ekonomi, impak sosial tidak terpinggir kerana kepekaan ke atas nilai moral yang tinggi akan membolehkan kepatuhan ke atas ekosistem negara tidak tergugat kerana nilai-nilai ini sudah dipelihara. Objektif buku ini adalah untuk membolehkan ia dimanfaatkan dalam bidang Pengajian Sains Sosial, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, Pengajian Asia Timur, Sosiologi dan Antropologi. Ia dapat dilakukan menerusi kandungan penulisan serta perbincangan setiap Bab yang memerihalkan pelbagai isu berkaitan dengan ‘nilai’ merentasi naratif umum. Hatta, buku ini mampu mendekati pelbagai kumpulan sasar pembaca baik penyelidik, pemimpin, pelajar, orang awam, badan bukan kerajaan, pembuat dasar dan agensinya. Buku ini unik kerana antara yang pertama bakal diterbitkan bertemakan ‘nilai dan tanah air’.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI