​Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke-15 (cet. 2)​

RM30.00
9789679423352
3 item(s)
+

Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke-15 (cet. 2)

Author: Liang Liji

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679423352

Year: 2009

Weight:

Pages: 146 ms

Price: RM30

Sejarah manusia memang penuh dengan bentrokan dan pertumpahan darah. Bangsa dan negara yang berbeza jarang dapat hidup berdampingan dalam rukun damai. Selalunya rakyat terheret ke dalam kancah permusuhan dan peperangan yang membawa malapetaka besar. Kerana itulah Liang Liji, sejarah perhubungan China-Melayu pada abad ke-15 amat menakjubkan kerana sepanjang pertalian selama lebih separuh abad tidak terdapat perselisihan atau pertikaian, apalagi peperangan. Keadaan ini amat berbeza apabila Dunia Melayu dikuasai Barat. Melaka-China bukan sahaja membina kekuatan perhubungan mereka atas faktor politik dan ekonomi yang pragmatik. Hubungan budaya yang amat kukuh terbukti dengan beredarnya Man La Jiu Guo Yi Yu, kamus dwibahasa Cina-Melayu pada zaman perhubungan Dinasti Ming-Melaka. China pula banyak berpegang kepada falsafah Confucius. Antara lain Confius mengajarkan “kalau anda ingin tumbuh, tumbuhkanlah orang lain kalau anda ingin makmur, makmurkanlah orang lain.” Bertolak dari situlah China menyatakan “hendak bersahabat dan berkasih-kasihan.” Dan Melaka pun aman dan makmur bersama China.

Prof. Liang Liji, lahir dan didewasakan dalam dua budaya: Melayu-Cina. Sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Peking pada 1950, beliau menuntut di Sekolah Menengah Hua Chiao, di tanah kelahirannya di Bandung. Kemudian Liang Liji menjadi Setiausaha di Pejabat Bahasa Indonesia, Universiti Peking (1955-65). Beliau juga pernah menjadi Pengarah Pejabat Bahasa dan Kebudayaan Inodenesia (1972-88), Pengarah Institut Pengajian Kebudayaan Indonesia-Melayu (1989) dan Pengarah Institut Pengajian Kebudayaan Asia Tenggara (1992) semuanya di Universiti Peking. Dalam bidang penerbitan, selain banyak menerbitkan karya sendiri, beliau juga menjadi Ketua Ediotr Kamus Baru Bahasa Indonesia-Tionghua (1976), dan Ketua EditorBahagian Sastera Asia Tenggara untuk Chinese Great Encyclopedia (1979). Beliau juga adalah bekas Profesor Pelawat di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI