​Malaysia Dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi Dan Sosiobudaya

RM58.00
9789831009611
1 item(s)
+

Malaysia Dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi Dan Sosiobudaya

Author: Asmadi Hassan Mohd Ikbal Mohd Huda

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-961-1

Year: 2017

Weight: 0.200 kg

Price: RM58

Hubungan Malaysia Jepun telah berlangsung sejak beratus-ratus tahun dahulu. Apa yang berlaku sepanjang hubungan tersebut sehingga kini? Buku ini memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian berkaitan hubungan antara kedua-dua buah negara. Pelbagai perspektif telah dianalisis dan diterjemah dalam buku yang bertajuk Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi & Sosiobudaya. Buku yang memuatkan sembilan artikel ini adalah kombinasi kajian oleh pakar-pakar pengajian Jepun dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. Bab pertama hingga ketiga membincangkan perspektif sejarah perhubungan kedua-dua buah negara yang bermula dari migrasi nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu, imigran Jepun di Sabah tahun 1880-1942 dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Bab keempat adalah dari perspektif sosiobudaya yang mengangkat tema difusi budaya popular Jepun di Malaysia. Manakala bab kelima hingga terakhir bertemakan politik dan ekonomi. Bab kelima mendedahkan tentang jatuh bangun parti politik pemerintah Jepun yang boleh dijadikan pengajaran kepada Malaysia. Bab keenam tentang Bantuan Pembangunan Rasmi Jepun (ODA), bab ketujuh tentang eksport Malaysia ke Jepun 1980-2105, bab kelapan berkenaan peranan Malaysia dan Jepun dalam proses regionalisme Asia Timur dan bab terakhir berkaitan Keselamatan Insan dan dasar luar Jepun yang menjadikan kajian kes Grant Assistance for Grass-Roots Human Security Projects di Sabah. Buku ini sarat dengan maklumat terkini, dianalisis secara kritikal dan diolah dalam bahasa yang mudah difahami. Diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat dijadikan rujukan penting dan menambah pemahaman kepada mereka yang dahagakan pengetahuan terutamanya dalam hubungan Malaysia-Jepun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik

Malaysia-Jepun – 1957-2017


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI