Malaysia Kaya, Rakyat Miskin

RM25.00
9789832344230
Out of stock

Malaysia Kaya, Rakyat Miskin

( Rencana Tenaga, Ekonomi dan Pendidikan )

Author : Anas Alam Faizli Page : 264 p.p

ISBN: 9789832344230 Published: 2014

Malaysia dirahmati dengan hasil mahsul tidak ternilai, dikurniakan juga petroleum sebagai sumber alam paling berharga. Dengan pendapatan per kapita berjumlah USD 9,970 dan PETRONAS berterusan memberi sumbangan besar 40% kepada pendapatan kerajaan, Malaysia mempunyai segala ramuan lengkap yang diperlukan untuk maju.

Walaupun demikian, kekal misteri kenapa dan bagaimana sebuah negara kecil dengan hanya 30 juta penduduk berupaya mengejutkan semua dengan memegang gelaran sebagai negara dalam rantau ini dengan jurang terbesar kaya dan miskin.

Adakah kita semua warga biasa, menghargai kekayaan yang dimiliki Malaysia dan memahami bagaimanakah kekayaan ini dimanfaatkan?

Dalam himpunan karangan ini, penulis cuba membongkar bagaimana sumber minyak dan gas dibangunkan dan sama ada ianya dieksploitasi untuk manfaat umum atau sebaliknya. Dinamik royalti minyak juga dijelaskan, langkah demi langkah, dengan penerangan yang terperinci.

Bagaimana eksploitasi sumber yang pantas berkurangan ini memainkan peranan penting dalam realiti kepelbagaian sosio-ekonomi yang kita hadapi – daripada hutang isi rumah kepada ketidaksamaan pendapatan, FDI yang rendah, gaji pekerja yang tidak berganjak dan tahap pendidikan yang lemah dalam semua kedudukan antarabangsa?

Perlukah Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA)? Benarkah ianya perdagangan bebas atau bertopengkan penjajahan bentuk baru?

Apakah itu Mitos Kaya dan Miskin? Adakah Malaysia sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan Rakyat Berpendapatan Rendah? Bagaimanakah hasil kekayaan negara dapat dikongsi bersama? Bagaimana sistem pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan memberikan mobiliti sosial? Kegagalan berterusan dalam sistem pendidikan dan semangat kesukarelawan pendidikan dilihat sebagai antara jalan keluar daripada kebobrokan itu.

Kritikan terhadap ketempangan sistem pendidikan menimbulkan persoalan lain. Adakah sistem sekolah moden pengkhianat pendidikan? Adakah pendidikan kebangsaan gagal? Wajarkah kita mengajar Falsafah di universiti? Adakah masa sudah tiba untuk menggantikan falsafah pendidikan sedia ada dengan pedagogi Cinta; dan membebaskan pendidikan?

Pencarian penulis untuk pencerahan kepada soalan-soalan sukar menjadi titik penting buku ini, di mana campuran idea, cita-cita dan usulan kritis bertaut menjadi satu. Wacana pemikiran di dalam buku ini bukan milik mutlak penulis semata-mata. Dengan rendah diri ia ingin dikongsi bersama umum dengan harapan yang ianya akan menerobos masuk ke dalam ruang awam. Dan sehingga ke titik akhir- berjuanglah!

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI