Manaqib Imam Ahmad bin Hanbal

RM23.00
10 days
9789672158493
7 item(s)
+
Manaqib Imam Ahmad bin Hanbal

Editor: Mohamad Faiq Mohamad Sharin

Publisher: ABIM Press

ISBN: 9789672158493

Year: 2019

Weight: 0.141kg

Pages: 82pp

Price: RM23

Dalam kepincangan suasana politik kerajaan Islām pada abad ketiga hijrah, muncul seorang tokoh yang membela maruah Ahli Sunnah yang tercalar melalui tangan-tangan Mu‘tazilah. Ilmuwan rujukan Mazhab Ḥanbalī ini bangkit menyatakan kebenaran pada saat ramai mengambil pendekatan berbeza demi kemaslahatan tertentu. Biarpun nama tokoh pembela sunnah ini sering disebut-sebutkan di kaca-kaca televisyen, corong-corong radio, dewan-dewan kuliah dan masjid, mungkin ada dalam kalangan kita yang masih belum mengenali beliau dengan baik. Bagi memenuhi kata-kata ‘tak kenal, maka taaruf,’ penulis membawakan coretan ringkas tentang sejarah hidup tokoh ini. Secara umumnya, pembaca akan dibentangkan dengan keperibadian, keilmuwan, magnum opus beliau dan peristiwa mihnah yang berlaku pada hayat beliau.

Setelah itu, pembaca akan dihidangkan dengan sejumlah ringkas tentang Uṣūl al-Fiqh dan Fiqh beliau berhubung dengan prinsip asas dalam ijtihād beliau sepertimana yang dijelaskan oleh Ibn al-Qayyim bagi mendapatkan gambaran ringkas tentang sistem ijtihād yang didirikan oleh sarjana kelahiran Iraq ini. Penulisan ini tidak bersifat panjang berjela sehingga mampu melumpuhkan minda pembaca dan sesuai untuk mengenali pengarang al-Musnad ini dengan lebih baik bagi menghargai jasa-jasa tokoh silam.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI