​Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu

RM35.00
9789672422136
5 item(s)
+

Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu

Editor: Mohd Affendi Mohd Shafri

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789672422136

Weight:

Pages: 115pp

Year: 2020

Price : RM35

Buku yang terhasil daripada pembentangan di Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu (International Conference on Malay Medical Manuscripts, ICOMMM) yang telah diadakan pada 8-9 September 2018 di Auditorium Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Persidangan ini dilaksanakan dengan tujuan utama untuk melakukan pengkajian secara saintifik ke atas manuskrip perubatan Melayu dalam mencari rawatan-rawatan yang sesuai digunakan untuk bidang perubatan, mengangkat warithan sains tempatan yang sudah lama terpinggir dan seterusnya berusaha untuk melakukan penyahBaratan dalam ‘ilmu-‘ilmu sains.


PETIKAN

  • Makalah hasil pembentangan yang dimuatkan di dalam buku ini, antaranya membincangkan usaha-usaha rangkaian jaringan yang telah dibuat sejak dahulu lagi dalam kalangan ṭabīb dan peng‘amal perubatan Melayu di dalam perkongsian ‘ilmu penyediaan ubatan serta kaedah peramuan.
  • Di dalam beberapa makalah ini, pembaca juga diberitahu tentang penyelidikan di dalam genre manuskrip yang ada kepentingannya dalam kajian perubatan dan juga pembentangan kajian penyakit umum zaman moden, iaitu kanser, di mana pentunjuk kepada rawatan efektif mungkin dapat dijumpai melalui pengkajian manuskrip-manuskrip perubatan Melayu lama.
  • Peluang-peluang mendalami ‘ilmu pengkajian manuskrip lama dengan pembentangan khazanah sedia ada di Muzium Kesenian Islam Malaysia juga memberi ma‘lumat penting kepada pengkaji-pengkaji yang bergiat di dalam bidang ini.
  • Apa yang menarik di sini, buku ini juga memasukkan makalah hasil pembentangan perspektif antarabangsa di mana peng‘amal perubatan Belanda telah menunjukkan minat masharakat bukan serantau sejak dahulu lagi terhadap kaedah perubatan Melayu.

Profesor Dr. Suzanah Abdul Rahman
Kata Pengantar
Dekan, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu,
UIAM Kuantan, Pahang

Sememangnya, usaha mengkaji dan mengorek isi khazanah yang terkandung dalam manuskrip perubatan Melayu memerlukan usaha yang berterusan dan bersepadu daripada semua pihak dan dipersembahkan secara berkesan dari pelbagai aspek termasuk sejarahnya, falsafahnya dan kandungan saintifiknya.


Editor

Mulai kurun ke-16, hampir seluruh negara-negara Melayu telah dijajah oleh Portugis, Sepanyol, Belanda, Perancis, Inggeris dan Amerika Syarikat. Pelbagai perubahan berlaku semasa zaman kolonial tersebut termasuklah pengenalan kepada sistem-sistem dan cara berfikir yang berlainan dengan caragaya tempatan. Antara persoalan yang penting ditanyakan ialah apakah penjajah-penjajah ini ada membawa sistem ke‘ilmuan mereka dalam bidang perubatan/farmasi ke sini? - Mohammad Alinor Abdul Kadir

Kanser didapati sebagai satu ma’salah perubatan yang sudah diketahui oleh orang Melayu terdahulu. Manuskrip-manuskrip perubatan Melayu telah mendokumentasikan pengetahuan perubatan dan farmakologi orang Melayu termasuklah cara-cara merawat beberapa keadaan yang boleh diertikan sebagai kanser atau gejala kanser. - Muhamad Dzulkarnain Mas’oad, Mardhiah Mohammad dan Mohd Affendi Mohd Shafri

Kaedah-kaedah dalam kitāb perubatan Melayu menunjukkan perubatan tradisional Melayu tidak hanya cuba mengubati simptom sesuatu penyakit malah ia lebih holistik dengan mempelbagaikan kaedah rawatan kepada punca penyakit, simptom dan juga pencegahan daripada dijangkiti semula. - Nik Musa’adah Mustapha dll

These written medical and divination literatures are among the most valuable artefacts of the huge manuscript collections at the Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM) which give a rare insight of the practice of medicine in the Malay Archipelago in the past. As a museum, the knowledge dissemination is the key component of information management to ensure the knowledge is easily accessible. - Siti Marina binti Mohd Maidin

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI