Media Jaringan Sosial Penggunaan dan Pengaruhnya

RM46.00
10 days
9789831008195
2 item(s)
+

Media Jaringan Sosial Penggunaan dan Pengaruhnya

Author: Siti Ezaleila Mustafa

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008195

Weight:

Year: 2015

Page: 197 pp

Price: RM46

Media jaringan sosial dilihat semakin berpengaruh dalam kehidupan seharian, terutama pada golongan muda yang sering tertarik dengan teknologi dan inovasi baharu. Tambahan pula, medium ini mampu mengekalkan keterikatan dengan dunia realiti di samping berfungsi sebagai tempat permainan pada masa yang sama. Malah, media ini memberi sumbangan positif dalam mengekalkan hubungan dan menjadi perantara yang berguna untuk komunikasi di samping menjadi tempat baharu untuk berkumpul dan berinteraksi serta membentuk kumpulan berasaskan minat.

Di samping membincangkan ciri dan fungsi jaringan sosial dalam talian popular dunia dan laman sosial tempatan, sebagai alternatif kepada laman sosial antarabangsa, buku ini juga membincangkan trend penggunaan jaringan sosial dalam talian, motivasi atau tujuan penggunaan jaringan sosial dalam talian dalam kalangan pengguna aktif di Malaysia serta impak dan kelebihan penggunaan jaringan sosial dalam talian berbanding media komunikasi lain serta komunikasi di luar talian.

Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam bidang pengajian media dan komunikasi bagi memperoleh pemahaman berkenaan fenomena penggunaan jaringan sosial dalam talian ini di peringkat global dan juga di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI