​Melayu dan Menara Gading di Sebalik Penubuhan Universiti Malaya

RM48.00
9789674880347
3 item(s)
+

Melayu dan Menara Gading di Sebalik Penubuhan Universiti Malaya

Author: Zulkanain Abdul Rahman Abdullah Zakaria Ghazali Abdullah Gani

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880347

Weight:

Year: 2018

Page:

Price : RM48

Buku ini merupakan satu usaha mengetengahkan peranan dan sumbangan orang Melayu dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1949. Persoalan sama ada orang Melayu ada peranan atau sebaliknya dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada 1949 timbul apabila tulisan-tulisan sedia ada sama ada yang hasilkan oleh sarjana tempatan mahupun sarjana antarabangsa; dan juga laman web National University of Singapore (www.lib.nus.edu.sg) tidak membincangkan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh orang Melayu dalam usaha menubuhkan Universiti Malaya di Singapura. Sebaliknya, tulisan-tulisan sedia ada hanya memberi fokus terhadap peranan dan sumbangan orang bukan Melayu termasuklah kerajaan British dalam merealisasikan penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada 1949. Peranan dan sumbangan orang bukan Melayu dan kerajaan British pada ketika itu untuk menubuhkan Universiti Malaya di Singapura memang ada, dan tidak boleh dinafikan. Dalam masa yang sama, berdasarkan sumber-sumber primer yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, maka maklumat yang betul dan seimbang perlu diberikan kepada umum. Dengan demikian, buku ini berusaha untuk memberi pencerahan dengan mengenal pasti peranan dan sumbangan orang Melayu, khasnya orang persendirian, pemodal, cendekiawan, guru, pembesar dan institusi Raja-Raja Melayu dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada 1949. Buku ini adalah rujukan penting untuk mengetahui sejarah awal penubuhan Universiti Malaya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI