Membangun Bangsa: Catatan Permulaan Tentang Etika, Urus Tadbir & Kenegaraan

RM35.00
97896714060991
Out of stock

Membangun Bangsa: Catatan Permulaan Tentang Etika, Urus Tadbir & Kenegaraan

Author : Mohamed Azmin Ali

ISBN : 97896714060991

Publisher : Institut Darul Ehsan - IDE

Dimulakan dengan bab “Bermula dengan Merdeka!” sebagai panduan dan peringatan bahawa kita sebagai sebuah bangsa. Untuk menjadi sebuah bangsa yang mampu mengharungi cabaran masa depan, kita tidak boleh lepas daripada sejarah kemerdekaan tanah air. Penglibatan semua pihak untuk memerdekakan negara ini harus diiktiraf. Tidak ada satu pihak pun yang boleh dikesampingkan.

Harus diakui bahawa merdeka dengan jalan aman sepertimana yang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj adalah sebuah kebijaksanaan. Walaupun ada bangsa-bangsa lain yang merdeka dengan cara lebih radikal, namun kita tidak harus berasa rendah diri, bahkan seharusnya bangga dengan jalan aman sepertimana yang telah dipelopori oleh bapa-bapa pendiri bangsa kita.

Cabaran ke depan sebagai sebuah bangsa tentu sahaja lebih mencabar. Terutamanya kepada generasi muda. Beberapa pandangan dengan cabaran itu saya gubah dalam bab “Pertumbuhan Ekonomi Dinamik”.

Pesanan penting yang saya catatkan di sana adalah potensi yang dimiliki khususnya oleh negeri Selangor sebagai gedung kuasa ekonomi di Malaysia. Selangor harus mempunyai imaginasi laksana sebuah negara. Hanya dengan cara itu, maka Selangor bukan sahaja boleh kekal sebagai negeri termaju di Malaysia, tetapi juga muncul sebagai kuasa ekonomi di peringkat serantau dan global.

Haruslah diinsafi bersama bahawa pertumbuhan dan kemajuan ekonomi tidak akan ada ertinya tanpa pengagihan yang adil. Tidak mahu sambil membangun, kita dalam masa sama merobohkan nilai-nilai di dalam masyarakat. Sekiranya hal ini terjadi, maka sesuatu bentuk pembangunan akan pincang dan boleh mendatangkan mudarat untuk tempoh masa panjang.

Begitu juga penekanan kita terhadap cabaran global yang tidak boleh dielak dan harus ditangani dengan hikmah lagi bijaksana. Antaranya adalah cabaran golongan militan atau pelampau agama yang turut mahu mempengaruhi anak-anak muda menyertai gerakan ganas mereka.

Justeru, generasi muda khususnya harus lebih terbuka dan menjadikan perbincangan intelektual sebagai penampan kepada semua dakyah puak militan yang telah merampas dan menggunakan “Islam” untuk mengabsahkan tindakan ganas mereka. Kebimbangan dan cadangan saya mengenai cara-cara membentuk generasi muda, khususnya cabaran kepada pemuda Muslim dapat dibaca di dalam bab tiga yang menyentuh konsep dan falsafah “Rahmatan Lil Alamin” dalam Islam.

Begitu juga pembentukan Malaysia sebagai sebuah kebangsaan akan hanya dapat dikukuhkan dengan kesedaran setiap warganegara untuk menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu hari ini telah diperjuangkan bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu, tetapi telah menjadi bahasa yang turut diperjuangkan oleh semua kaum. Di sinilah jiwa sebuah bangsa Malaysia akan terbentuk untuk menjadikan tanah air ini berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Hendaknya karya sulung saya ini dapat dibincang, dikritik, diwacanakan dan berguna kepada bangsa dan generasi akan datang.

* Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI