​Membongkar Sejarah Agama & Budaya Melayu

RM38.90
9789672278320
3 item(s)
+

Membongkar Sejarah Agama & Budaya Melayu

Author: Abdul Rahman Hj Abdullah

Publisher: Hijjaz Record Publishing

ISBN: 9789672278320

Weight: 0.450kg

Pages: 262pp

Year: 2020

Price: RM38.90

Sebagai wilayah yang menjadi jalan persimpangan ( crossroad ) agama dan budaya , Alam Melayu mengalami perkembangan sejarah yang unik. Dari segi agama, ia bermula dengan tradisi agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama Hindu dan Buddha dari India , dan agama Islam baik melalui India, Cina, ataupun terus dari Arab-Parsi. Dan dalam perkembangannya di Alam Melayu, walaupun pada prinsipnya ia mempunyai ciri-ciri yang distinktif atau berbeza, tetapi ia mengalami proses asimilasi baik secara sederhana mahupun secara berlebihan dalam bentuk sinkretisme. Bersama dengan kedatangan agama juga ia membawa kebudayaan dan tamadun yang meliputi berbagai aspek kehidupan dan pemikiran ( life and thought ). Berbeza daripda pandangan model sekular yang memisahkan urusan agama dan kehidupan sebaliknya dalam pandangan tradisional persoalan budaya berkait rapat dengan agama sebagai asasnya ( foundation ). Namun dalam perkembangan budaya , nampaknya pengaruh budaya Hindu bersifat elitis , pengaruh budaya Buddha bersifat rakyat, dan terutamanyabudaya Islam lebih menyeluruh baik di peringkat atasan mahupun rakyat bawahan umumnya. Walaupun pada prinsipnya ajaran Islam berteraskan kesamaan darjat manusia kecuali kerana taqwanya , tetapi dalam praktiknya di Alam Melayu ada kalanya terdapat unsur perbezaan darjat dari segi penggunaan bahasa, adat istiadat, perundangan dan sebagainya.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI