Memikir-Ulang Tradisi Untuk Pembaharuan

RM32.00
9789672165439
Out of stock

Memikir-Ulang Tradisi Untuk Pembaharuan

Author : Azhar Ibrahim

Publisher: SIRD

ISBN:

Year: 2018

Pages:

Price: RM32

Buku ini melewati semula agenda pembaharuan dengan menelesuri tradisi yang tercerah, yang tersudut dalam sejarah serta harus dapat dikembalikan peranannya tanpa pula kita terjebak meromantiskannya, yang mengidamkan pulang ke tradisi semata-mata sebagai jalan keluar dari segala kemelut dan permasalahan yang kita hadapi. Pembaharuan akan bisa berakar sekiranya tampil di kalangan agamawan dan aktivis-santri yang bukan sahaja teryakin dari gagasan reformis, tetapi juga datang dari sekelompok tradisionalis yang tercerah.

Yang terakhir ini dapat membedakan peranan tradisi yang dinamis sifatnya, sebagai gerak nilai dan budaya yang mampu menawarkan nilai-nilai ulung dan universal sepanjang perjalanan sejarah, tanpa terikat dengan pola pemikiran sesuatu zaman. Yang paling jelas, pembaharuan tradisi agama akan terbantut selagi agama tidak bergerak dalam ranah yang bebas, yakni dibelenggu dengan hegemoni konservatisme yang pantang mendengar ungkapan baru yang tidak selari dengan ideologi mereka, ataupun wacana itu sendiri senang dikotak-katikkan oleh pihak berwewenang, yang lebih cenderung untuk memaksakan fahaman dominan ke atas semua, atas nama mengekalkan kemurniaan dan kepersatuan agama dan jemaahnya.


Azhar Ibrahim, Ph.D adalah Timbalan Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik dan moden. Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam wacana literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu-Indonesia. Beliau juga telah menerbitkan sebuah antologi Syair Kesaksian yang bertemakan kritik sosial. Antara buku beliau yang pernah terbit ialah: Historical Imagination and Cultural Responses to Colonialism and Nationalism: A Critical Malay(sian) Perspective (2017), Menyanggah Belenggu Kerancuan Fikiran Masakini (2016), Utopia Masyarakat Lambak (2015), Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi (2014), Bahasa dan Tantangan Intelektualisme (2014), Contemporary Islamic Discourse in the Malay-Indonesia World ( 2014) dan Narrating Presence: Awakening from Cultural Amnesia (2014)

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI