Mensyukuri Nikmat Menginsafi Amanat

RM10.00
9789671406908
2 item(s)
+

Mensyukuri Nikmat Menginsafi Amanat

Author: Siddiq Fadzil

Publisher: Institut Darul Ehsan

Pages: 42

Price: RM10.00

Karya ini dirasakan cukup signifikan, di tengah hingar-bingar demokratisasi dan hak asasi - saat umat semakin tercerah, menuntut penjelasan dan keadilan daripada penguasa atas kebobrokan pengurusan dan salah tadbir kerajaan - karya ini ternyata mampu mengenderai semangat dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sememangnya gagasan dan pemikiran Dato' Dr Siddiq Fadzil yang beliau cetuskan dalam karyanya ini wajar dibugar dan diwancanakan. Agenda mencerahkan umat dengan ilmu yang benar menjadi prioritinya. Komitmen beliau terhadap agenda reformasi-islahi jelas terlihat dalam buku ini. Usaha pencerahan inlah yang menjadi pencetus dan permulaan bagi mengeluarkan umat daripada belenggu kejumudan dan penjajahan pemikiran. Akal dan jiwa yang merdeka akan mendorong umat berusaha membebaskan diri daripada segala bentuk penjajahan, seterusnya menganjak kepada perubahan signifikan dalam kalangan masyarakat keseluruhannya.

Diharapkan agar amanat-amanat perjuangan para leluluhur kita yang berjuang dengan darah, keringat dan air mata sentiasa disemat di dada. Harapan kami agar umat mendapat panduan berguna dalam memahami erti kemerdekaan yang dikecap selama ini. Saat bangsa ini dahagakan panduan, buku ini muncul memenuhi keperluan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI