​Muda & Derhaka (Kumpulan Artikel Dan Esei)

RM23.00
9789672165330
10 item(s)
+

Muda & Derhaka (Kumpulan Artikel Dan Esei)

Author: Rein Sd

Publisher: SIRD

ISBN: 9789672165330

Year: 2018

Weight: 0.260kg

Price: RM23

Mengapa kita perlu menerima segala keputusan yang berlegar dalam ruang sosial tanpa menggugat atau sekurang-kurangnya menyemak relevansinya? Adakah kita kekurangan karangan-karangan yang mencerahkan dan menguak minda masyarakat ataukah kita sudah menjadi lemah, layu dan longlai akibat dibelasah teruk oleh wacana hegemoni yang mendominan?

Naskhah ini tidak bertugas untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan kemas dan mapan, namun berperanan untuk membangkitkan pertanyaan-pertanyaan penting yang terpencil dan digelapkan. Mengungkit-ungkit permasalahan setempat dan memikir-ulang peranan orang muda dalam berhadapan dengan “tirani baru” yang boleh berbentuk wacana kekuasaan, agama dan budaya.

Ketidakberesan ini cuba digembar-gemburkan dan berharap agar masyarakat mula terlibat dalam misi pemberdayaan dan mencerahkan masyarakat.

Kritik sosial dan sanggahan-sanggahan yang tersedia dalam naskhah ini menuntut kritik balas dan gugatan yang lebih kemas. Ini fungsi wacana yang perlu dihidupkan semula. Dan, inilah peranan orang muda. Sekalipun masyarakat menghukumnya derhaka.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI