Oktober yang Tidak dinantikan

RM55.00
9789674124441
1 item(s)
+

Oktober yang Tidak dinantikan

Author: Ismail Ibrahim

Publisher: Penerbit UKM

Pages: 416 pp

ISBN: 9789674124441

Price: RM55.00

Oktober yang tidak dinantikan adalah buah permikiran penyandang pertama Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, UKM. Beliau adalah seorang ilmuwan yang memulakan kerjaya sebagai seorang kakitangan akademik di UKM dan kemudiannya ke Universiti Islam Antarabangsa. Kebanyakan tulisan ini adalah cetusan permikiran serta gambaran perasaan dan pandangan peribadi penulis berhubung dengan pelbagai tema dan isu semasa negara ketika itu yang kemudiannya disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi ruangan Cetusan Permikiran Dr. Ismail Ibrahim. Tulisan tersebut muncul sebelum beliau memulakan tugas sebagai Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Namun begitu, tulisan tersebut telah disunting dan disesuaikan dengan beberapa perkembangan terbaharu, iaitu dari sudut gaya bahasa dan struktur ayat tanpa mengubah kandungan keseluruhannya. Secara keseluruhannya gambaran permikiran beliau mengenai perkembangan yang berlaku di dalam negara ini dapat diikuti dari segenap sudut pembangunannya dan disentuh dengan penekanan pandangan sejagat Islam, iaitu dalam konsep Al-Tasawwur Al-Islami atau Islamic World-view yang beliau fahami.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI