Pemikiran Akidah Syakh Shams Al-Din Al-Sumaterai​

RM50.00
9789674126292​
97 item(s)
+

Pemikiran Akidah Syakh Shams Al-Din Al-Sumaterai

Author : Mohd Haidhar Kamarzaman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126292

Year: 2018

Pages: 382 pp

Price: RM50

Buku ini adalah merupakan suatu gagasan pemikiran teologi yang dikemukakan oleh tokoh ilmuan Nusantara terbilang abad ke-16 Masihi. Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i adalah tokoh pemikir besar yang telah memberikan begitu banyak sumbangan dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam di Nusantara. Isu utama yang dibincangkan dalam konteks buku ini adalah gagasan pemikiran akidah beliau sama ada terhadap isu-isu ketuhanan, kenabian mahupun sam’iyyat dan perbandingannya dengan pendapat para ulama Salaf mahupun Khalaf. Idea-idea beliau dalam menagani maslah akidah menonjolkan beliau sebagai tokoh ilmuan akidah terkemuka yang menjadi rujukan para ilmuan dan pemimpin pada zamannya dan zaman sesudah kewafatan beliau. Isu ketuhanan yang dibawa melalui gaya persoalan dan jawapan memberikan impak yang positif dalam menghadapi situasi cabaran terhadap akidah umat Islam pada zamannya hingga kini. Dalam menjelaskan persoalan akidah, beliau mengemukakan perbincangan ketuhanan dengan membawa idea yang disusun oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah yang lebih awal iaitu Imam al-Sanusi yang membicarakan mengenai Sifat 20. Manakala Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i juga membahaskan isu kenabian dan perkara ghaib berdasarkan kepada manhaj para ulama Ahli Sunah Waljamaah dari kalangan Salaf dan Khalaf sehingga segala isu dan masalah yang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian dan perkara yang ghaib tersebut diselesaikan mengikut acuan al-Quran dan Sunnah. Buku ini diinpirasi dan digarap sepenuhnya daripada manuskrip Melayu lama dari Kitab Mira’at al-Mu’min, Kitab Aqidat-al-Islam Fi Ma’rifat Tafsil al-Iman, Hafz al-Iman dan Risalat Haqiqat al-Iman wa al-Islam yang didapati dari tiga perpustakaan Negara Malaysia, dan Perpustakaan Tun Sri Lanang yang menjadikan ianya suatu khazanah yang bernilai bagi para pencinta ilmu-ilmu sejarah Nusantara dan Islam. Buku ini juga memperlihatkan perpidahan ilmu-ilmu dan warisan Islam khususnya dalam aspek akidah dari ulama luar Alam Melayu seperti negara Arab dan Timur Tengah yang lain. Ia dapat dilihat dalam penulisan Shaykh Sham al-Din al-Sumatera’i kerana beliau juga banyak memetik pandangan dari tokoh ulama terdahulu termasuk dalam aspek ini adalah perpindahan bahasa dan kandungan pemikiran akidah yang mana ia diambil dari ulama terdahulu.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI