​Pemikiran Dan Perjuangan Hamka

RM30.00
978-967-940-081-6
4 item(s)
+

Pemikiran Dan Perjuangan Hamka

Editor : Md. Sidin Ahmad Ishak

Publisher: ABIM Press

ISBN: 978-967-940-081-6

Year: 2018

Weight: 0.150 kg

Pages: 111 pp

Price: RM30

“Hamka memang seorang tokoh istimewa yang bersifat multidimensi: sasterawan-negarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama-pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena.” (Siddiq Fadhil)

“Jarang ditemui tokoh yang produktif dalam menyampaikan pendapat dengan lisan dan tulisan secara seimbang seperti Buya Hamka. Biasa seseorang penulis kurang mampu menyampaikan fikiran dan seruannya secara lisan dan sebaliknya banyak pula orator dan mubaligh terkemuka tetapi tidak meninggalkan tulisan.” (Bustanuddin Agus)

“Sepanjang umurnya ia telah menulis sebanyak 118 buah buku, suatu prestasi luar biasa yang jarang dicapai bahkan oleh seorang profesor di perguruan tinggi sekalipun. Itu belum termasuk tulisan-tulisannya yang tersebar di berbagai majalah dan akhbar termasuk dalam majalah Panji Masyarakat yang dipimpinnya sendiri sampai menjelang akhir hayatnya.” (Mestika Zed)

Buku ini sarat dengan analisis tentang peribadi, pemikiran dan perjuangan Hamka, seorang tokoh yang monumental di nusantara ini. Analisis-analisis ini terhimpun dari penulisan 5 orang tokoh dan sarjana yang rapat dan memahami tentang sosok bernama Hamka dan karya-karyanya. Buku ini boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi generasi kini agar dapat mengambil inspirasi yang ditinggalkan oleh Hamka.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI