​Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis

RM42.00
978-983-100-534-7
5 item(s)
+

Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis

Author: Khairuddin Said

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-534-7

Year: 2011

Price: RM42


Kemunculan ulama dalam bidang tafsir telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam perkembangan dakwah Islam. Antaranya, Yusuf Ahmad Lubis yang aktif dalam bidang tulisan dan gerakan dakwah di Indonesia dan Malaysia. Buku ini mendedahkan biodata dan perjalanan hidup Yusuf Ahmad Lubis, kaitan dan sumbangannya dalam gerakan islah dan pemikiran islah yang dititip dalam karya-karya yang telah diterbitkan. br> Keistimewaan buku ini terserlah melalui sumber pemikiran islah yang dicerakinkan dari ayat al-Quran dan pentafsirannya yang mengikut metode tafsir yang sebenarnya. Setiap idea digarap dari kandungan makna ayat al-Quran dan ditakwilkan maknanya sesuai dengan peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa yang melingkari kehidupan umat Islam dalam period kesedaran untuk bangkit membina jati diri yang Islami. br> Buku ini mampu menjadi rujukan perkembangan gerakan Islam di Nusantara terutamanya di Sumatera Utara. Paparan kemunculan gerakan Islam dalam tempoh tersebut yang merupakan kemuncak keaktifan gerakan Islam sehingga kini jelas dan berdasarkan fakta dari sumber yang berautoriti. Kandungannya sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat sebagai pendedahan awal kepada sumbangan tokoh ulama dan pemikirannya.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI