Pena dan Pedang: Wawancara bersama Edward Said oleh David Barsamian

RM30.00
9789674304102
Out of stock

Pena dan Pedang: Wawancara bersama Edward Said oleh David Barsamian

Author: Edward W.Said, David Barsamian

Publisher: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

ISBN: 9789674304102

Weight: 0.257kg

Pages: 154pp

Year: 2015

Price : RM30

Buku ini menampilkan lima wawancara bersama cendekiawan dan pengkritik ternama Palestin, Edward Said (1935-2003). Wawancara yang dikendalikan oleh David Barsamian, Pengarah Alternative Radio ini meliputi berbagai-bagai topik daripada karya legenda beliau, Orintalism hinggalah kepada bidang muzik dan budaya popular. Perbualan kedua-dua tokoh ini dilakukan antara tahun 1987 hingga 1994. Tempoh tersebut merupakan era yang sanagt penting dalam pergerakan pembebasan palestin. Dengan penuh kearifan dan kepetahan, Edward melontarkan penjelasan beliau mengenai jenayah pendudukan Israel dan pengkhianatan kepimpinan PLO terhadap umat Palestin.

Ekoran Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Edward memberitahu Barsamian,“Gagasa tentang memori kolektif kini dengan pantas ditolak meskipun oleh orang Palestin sendiri, Hal itu sesuatu yang tidak dapat saya terima.” Daripada himpunan wawancara ini, menjelmalah sebuah sejarah yang menghantui jiwa, sarat dengan pengetahuan tentang kehilangan dan keinginan untuk melihat keadilan untuk rakyat Palestin, dan betapa kita perlu segera memahami konflik yang berlaku pada hari ini.

Edward W. Said berkhidmat sebagai Profesor Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Bandingan di Columbia Univerisiti sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2003. Antara kasya beliau yang terkenal termasuklah Orintalism, The Qustion of Palestine, Covering Islam, After the Last Sky, dan Humanism and Domocratic Criticism.

Pada mualanya, orang mungkin bertanya: “Apa perlunya siri wawancara ini dengan seorang penulis yang prolifik lagi dikenali ramai seperti Edward Said?”. Satu daripada jawapannya ialah buku ini mengatasi buku-buku yang pernah diterbitkan sebelum ini dari segi menyingkap diri lelaki yang ebrada di sebalik nama Edward Said. Sebahagian besar karya Edward Said bersifat ilmiah dan analitis, tetapi hampir-hampir tidak memperlihatkan keterkaitan antara penulis dengan kehidupannya. Soalan-soalan simpati David Barsamian membantu menghubungkan keterpisahan ini. Wawancara dalam buku ini unik kerana perkaitan yang disingkapnya antara empunya diri dengan gagasannya.”


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI