​Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metod

RM50.00
9789832620815
1 item(s)
+

Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metod

Author: Othman Lebar

Publisher: UPSI Press

ISBN: 9789832620815

Weight:

Pages: 289pp

Year: 2006

Price : RM50

Perbincangan teori dan metode penyelidikan kualitatif memberi tumpuan kepada latar belakang perkembangan penyelidikan dari segi sejarah perkembangannya, pendekatan metodologi utama yang sering digunakan serta asas pemikiran dan falsafah yang mendasari paradigma dan pendekatan penyelidikan. Peranan teori juga disentuh dengan panjang lebar bagi menjelaskan kedudukan teori dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Ciri-ciri yang dihuraikan ini dapat membezakan dengan jelas antara penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif.

Susunan bahagian dan bab dalam buku ini mengambilkira kesesuaiannya dalam memahami prosedur dan proses penyelidikan kualitatif serta berkaitan antara teori dan amali dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Penulisan ini disusun sedemikian rupa bagi membolehkan pembaca meneliti aspek pemikiran dan paradigma yang menjadi asas penyelidikan kualitatif dan bagaimana asas-asa tersebut digunakan dalam pengkonsepsian dan operasi penyelidikan kualitatif.

Selain itu, buku boleh dijadikan sumber rukukan berkaitan dengan pendekatan penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam mengkaji isu dan fenomena sosial, politik, ekonomi dan bidang-bidang lain yang menuntut pemahaman yang mendalam serta menyeluruh.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI