​Perlindungan Kanak-Kanak Berisiko

RM50.00
9789831004630
1 item(s)
+

Perlindungan Kanak-Kanak Berisiko

Author/Editor: Siti Hajar Abu Bakar Ah & Abd Hadi Zakaria

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831004630

Weight: 250

Pages: 219

Year: 2009

Price: RM50


Kanak-kanak adalah modal insan yang penting untuk sesebuah negara. Perubahan sosial dan desakan ekonomi yang berlaku menyebabkan ramai kanak-kanak hidup dan membesar dalam persekitaran yang berisiko. Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang faktor-faktor risikonya lebih dominan daripada faktor-faktor pelindung mempunyai kecenderungan tinggi untuk terlibat dengan pelbagai kegiatan antisosial. Antara persekitaran sosial berisiko yang dikaji adalah persekitaran sosioekonomi keluarga yang mencabar, kapasiti dan kualiti kemahiran hidup yang dimiliki kanak-kanak serta persekitaran komuniti berisiko. Buku ini membincangkan tiga intervensi yang boleh membantu dan melindungi hidup kanak-kanak berisiko daripada ancaman faktor risiko atau terbabit sebagai pelaku antisosial. Tiga intervensi tersebut ialah penjagaan peribadi bersemuka, program kemahiran hidup dan program penjagaan komuniti untuk kanak-kanak berisiko. Idea yang dilontarkan melalui buku ini dapat memberi pengetahuan lebih luas berkaitan penjagaan sosial kanak-kanak dan lebih penting lagi sebagai usaha melindungi kanak-kanak berisiko di negara ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI