Perspektif Bersepadu Sejagat dalam Pendidikan Matematik

RM98.00
9789831008706
1 item(s)
+

Perspektif Bersepadu Sejagat dalam Pendidikan Matematik

Author: Nik Azis Nik Pa

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008706

Weight:

Year: 2016

Page:

Price: RM98

Buku Perspektif Bersepadu Sejagat dalam Pendidikan Matematik dikonseptualisasikan dengan berasaskan pengalaman lebih daripada 35 tahun sebagai pendidik, penyelidik, dan penyelia pelajar sarjana dan doktor falsafah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ungkapan perspektif bersepadu sejagat (PBS) pertama kali muncul secara formal dan definit dalam domain ilmu perolehan pada tahun 1990. Buku ini membekalkan penjelasan yang mendalam dan menyeluruh tentang landasan dan rangka konseptual bagi perspektif bersepadu sejagat sebagai satu pandangan tentang psikologi roh manusia; tafsiran tentang kata kunci, konstruk, dan subkonstruk penting bagi pendidikan matematik berlandaskan PBS; kegunaan PBS dalam menghuraikan hubungan antara matematik dengan budaya; dan transformasi kritikal bagi mencapai perubahan, pembangunan, dan kemajuan yang berkualiti tinggi dalam pendidikan matematik.

Secara khusus, buku ini bertumpu kepada perkara pokok seperti berikut: realiti pendidikan matematik dan rangka konseptual bagi perspektif bersepadu sejagat; acuan dan asas ontologi, epistemologi, aksiologi, logik, dan metodologi bagi PBS; hakikat insan, ilmu, nilai, pendidikan, dan kognisi menurut PBS; hubungan antara budaya dengan matematik; dan proses transformasi bagi mencapai pendidikan matematik yang berkualiti tinggi dan penjelasan tentang penghalang utama yang perlu ditangani dalam transformasi tersebut. Buku ini membuat perbandingan antara perspektif bersepadu sejagat dengan konstruktivisme radikal bagi menonjolkan ciri utama.

.....................................................................................

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah profesor dalam bidang pendidikan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Beliau memiliki ijazah B.Sc. (Pendidikan Matematik) dan ijazah M.Sc. (Pendidikan Matematik) dari Northern Illinois University dan ijazah Ed.D. (Pendidikan Matematik) dari University of Georgia. Pernah menjadi Fulbright Visiting Scholar di University of Georgia; pernah berkhidmat sebagai Dekan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Ketika ini, beliau bergerak aktif menjalankan aktiviti penyelidikan fasa pertama Projek Lima Tahun Pengembangan Kebolehan Berfikir Aras Tinggi (HOTA) dalam pendidikan matematik berlandaskan perspektif bersepadu sejagat setelah menyiapkan Projek Lima Tahun Pengembangan Nilai dalam Pendidikan Matematik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI